Rabu, Mac 19, 2014

Eryna Makin Bijak



Hari ni genaplah sebulan aku bertukar kerja. Maknanya aturan hidup telah berubah dengan perubahan yg menggemparkan. Sebelum ni selalu senyum sinis je bila org cakap pasal hubungan jarak jauh atau PJJ. Skrg aku pula yg terpaksa menanggungnya. Apapun aku redha dengan perancangannNya. Dialah sebaik2 perancang. 2 hujung minggu telah berlalu dengan jayanya iaitu bila balik kerja hari Jumaat tu aku akan terus balik Penang. Biasanya non-stop lebih kurang 3-3.5 jam. Tp minggu lps aku ada kursus asas yg wajib dihadiri rekrut baru. Wife pula akan ke Aussie pada hujung minggunya jd terpaksalah menumpangkan Eryna ke rumah uwan & atuknya di Gombak. Jadi Eryna akan tinggal 2 minggu di Gombak. Kecerdikan Eryna nampak ketara bila dia seperti sangat faham dengan situasi yg berlaku. Mmg aku explain kat dia yg aku kena kerja jauh, tak semudah dan seselesa dulu. Pusing2 area USM shj. Bila aku selesai kursus dan balik ke Gombak Eryna nampak cool & nampak dia mcm dah expect yg aku akan balik. Teruslah dia melepaskan rindunya bagaimana pun tidaklah terlalu emosi. Malam tu bila tanya nk tidor dgn papa ke dgn uwan? Eryna pilih papalah. Ya Eryna mmg manja dgn aku. Gitu jugak semalam balik kerja aku terus ke Gombak. Sebelum Subuh aku dah mandi2 & Eryna pun terjaga sama. Dia follow je apa yg aku buat. Gosok baju dia ikut, solat Subuh pun dia ikut. And then bila aku nk berangkat Eryna cool je, salam2 dan aku pun terus ke Tg. Malim. Perjalanan ambil masa lebih kurang sejam setengah. Takde la dia meraung nk ikut. Ini berbeza masa aku masih kerja kat USM. Kalau keluar mesti nk ikut sampai menangis2 jerit2. Jumaat ni akan jumpa Eryna lagi & jumpa Mommy Eryna pada hari Sabtu. Dengarnya ada byk hadiah bawak dari Aussie tu. Adik ipar terakhir akan melangsungkan perkahwinan hari Ahad ni, akad nikahnya pada hari Sabtu. 

Sekian. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan