SRK St Thomas Kuantan

Sambungan dari entry ini.

Kebetulan hotel tempat menginap letaknya di sebelah SRK ST Thomas, sekolah tempat menuntut ilmu satu masa dahulu, jadi bila buka tingkap dapat lihat dengan jelas sekolah ini. Sempat bersekolah di sini semasa darjah 4-6. Sekolah ini merupakan sekolah yang tidak berapa ramai muridnya, satu darjah hanya ada 3 kelas dan sesi terbahagi kepada pagi dan petang. Bilangan murid muslim dan non-muslim 50-50 rasanya ketika itu. Sewaktu dulu belakang sekolah ini hanyalah hutan, tiada lagi bangunan-bangunan dan pembangunan. Sedikit-sebanyak trip ini mengimbau kenangan sekolah dan kenangan ketika tinggal di Kuantan suatu masa dulu. Dengarnya sekolah ini akan dirobohkan.

Permandangan dari bilik Hotel Grand Continental
Kelihatan dengan jelas SRK ST Thomas
This is Kuantan
Di blok-blok inilah aku bersekolah
Eryna menunggu table untuk breakfast di hotel

No comments: