Jumaat, Oktober 16, 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Hafizal Abu Hassan | Jamiul Fawait | 16 Oktober 2015

Kuliah Maghrib | Masjid Batu | Ustaz Hafizal Abu Hassan | Jamiul Fawait | 16 Oktober 2015


Rombongan Arab Badwi datang dengan berpakaian bulu biri2. Keadaan mereka dhaif. Nabi lihat mereka seperti ada hajat. Nampak mereka memerlukan pertolongan. Nabi arahkan penduduk bersedekah kepada rombongan Badwi itu. Orang sekitar buat tak tahu. Sampai berubah rupa Nabi. Jarir berkata, seorang bangun membawa seuncang duit dah memberikannya kepada rombongan, kemudian baru ada yang mengikuti memberi sedekah. Rupa nabi nampak gembira. Siapa yg buat satu amalan baik dan menjadi contoh kpd orang lain maka dituliskan pahala orang yg melakukannya tanpa mengutangkan pahala pelaku amal baik itu. Dan orang yg menunjuk contoh amalan yg jahat, dosa kejahatan yang orang buat akan dapat kepadanya juga tanpa mengurangkan dosa pelakunya. Riwayat Imam Muslim 


Pengajaran:

  • Nak buat baik jgn tunggu org lain buat dulu
  • Dakwah perbuatan lebih berkesan, dgn teladan, dgn akhlak
  • Kerugian bagi orang yg melambatkan berbuat kebaikan
  • Islam agama teladan. Nabi dengan akhlaknya berjaya menarik org kafir memeluk Islam


Kesempurnaan Solat


Pakaian kita sempurna jika

  • Dari rezeki yg halal yg baik
  • Suci dari najis yg tidak dimaafkan
  • Atas jalan sunnah tanpa rasa takabbur atau megah


Memelihara waktu

  • Ada mata yg peka dengan waktu dan ambil berat
  • Telinga yg mendengar pada azan
  • Ada hati yg berfikir kebesaran Allah


Mengadap Kiblat

  • Hadapkan kiblat dengan dadamu
  • Hadap kepada Allah dengan hatimu
  • Hadir dengan khusyuk dan hina pada Allah



Niat

  • Tahu apa solat yang kita ingin dilakukan
  • Berdiri sungguh2 mengadap Allah
  • Tahu Allah mengetahui apa di dalam hati kita


Takbir

  • Engkau takbirkan dengan takbir yang soheh dan jazak. Sebut betul2 
  • Angkat dua tangan separas telinga
  • Hati hadir 


Qiam

  • Jadikan mata di tempat sujud
  • Jadikan hati seperti diserah kepada Allah
  • Jgn berpaling ke kanan ke kiri


Qiraat

  • Baca bacaan yg tiada kesalahan
  • Baca dengan tafakkur (otak faham makna) dan tadabbur (hati akui makna)
  • Amalkan apa yang dibaca


Rukuk

  • Ratakan belakang dengan leher
  • Hantar tapak tangan di atas lutut, jari ke bawah & sedikit renggang
  • Toma' niah & tenang


Sujud

  • Tangan belakang sedikit dari telinga, paras bahu
  • Jangan laga perut dengan peha
  • Rengangkan dua lengan dengan badan
  • Toma' ninah 


Duduk antara dua sujud

  • Duduk atas kaki kiri
  • Jari kaki kanan di tegak
  • Baca sungguh2
  • Doa untuk diri dan para mukminin


Salam

  • Bg salam seperti bagi salam


Ikhlas

  • Redha Allah
  • Taufik
  • Pelihara hingga lupa kebajikan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan