Ahad, Oktober 23, 2016

Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Faizal Husen | 23 September 2016


Ustaz Faizal Husen
Kuliah Maghrib | Surau Taman Pauh Jaya | Ustaz Faizal Husen | 23 September 2016 

Kitab Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Hari Kiamat karangan Imam Al-Qurtubi

Taubat satu kelebihan atau jalan keluar sebelum ajal tiba. 

Taubat yg diterima hanyalah kerana kejahatan akibat dari kejahilan. 

Bila sedar segera bertaubat. Tangguh taubat merupakan perkara yang tidak disukai oleh Allah. 

Allah bersifat maha mengetahui dan maha pengampun. 

Allah selalu menutup aib manusia, jadi jangan pula memberitahu aib sendiri kepada orang lain. 

An-Nisa ayat 17

Segera bertaubat adalah bermaksud sebelum datang penyakit dan kematian. 

Min Qarib: Sebelum seseorang dilihat malaikat maut. 

Persembahkanlah taubat kepada Allah atas pengetahuan diri sendiri. 

Fardhu ain terhadap diri sendiri lebih utama dari fardhu kifayah untuk semua. 


Ambil peluang taubat kerana taubat itu sebahagian dari fardhu ain. 

Jaga diri dengan melaksana fardhu ain sebelum datangnya hari nyawa ditarik. 

Taubat diumpama harta karun yang perlu sentiasa diburu. 

Su'ul khatimah. Kebiasaan mati adalah apa yang disukainya ketika hidupnya. 

Menyegerakan taubat lebih utama ketika sihat berbanding sentiasa melakukan ibadah sebelum datang kematiannya. 

Kisah Imam Ahmad Bin Hambal teringin ke Baghdad kerana istighfar seorang di Baghdad yang amat teringin berjumpa imam Ahmad. 

Sumpah iblis untuk menggoda setiap manusia sehingga hujung nyawa. Allah juga bersumpah untuk membenarkan taubat setiap manusia sehingga hujung nyawanya. 

Taubat itu wajib. 

Surah Taharim ayat ke 8

Perempuan perlu jaga aurat kepada anak saudara bagi anak saudara lelakinya, tetapi tidak untuk saudara perempuannya. 

Orang yg telah masuk syurga sentiasa juga meminta ampun kepada Allah. Orang beriman tidak kedekut meminta ampun kepada Allah. 

Empat syarat taubat:
  • Menyesal dalam hati
  • Meninggal perbuatan maksiat pada masa itu juga
  • Bertekad tidak mahu mengulangi perbuatan
  • Menanam sikap malu kepada Allah Taala
InsyaAllah taubatnya adalah sah. 

Mengakui suatu perbuatan itu adalah dosa

Banyak Istighfar

Menamam dalam hati bukan hanya dimulut

Dalam kitab Hikam: Jgn kalian berhenti beristighfar walaupun hati tidak ingat kepada Allah. InsyaAllah satu masa hati akan turut sama dengan taubat itu. 

Dialog syaitan gemuk dengan syaitai kurus dalam Musnad Imam Daud. 

Imam Hasan Basri: Istighfar yang kita buat memerlukan istighfar lain. Contoh istighfar pertama cuba menunjuk kepada orang. Untuk dipuji manusia. Ucaplah istighfar yang lain. 

Zaman sekarang banyak kezaliman maka lebih banyak lagi istighfar yang perlu diucapkan. 

Berhati2 dengan syaitan yang tidak berhenti menggoda anak Adam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan