Surah Al-Fatihah |
Tak sabar nak masuk Surah Al-Baqarah pula.
Tadabbur Surah Al-Fatihah
Ayat 1
بِسْمِ ٱللَّٰهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Diturunkan di Mekah dan Madinah.
Al-Fatihah merupakan ringkasan kepada Al-Quran.
Ayat 1 – 3: Pujian-pujian kepada Allah ﷻ, ayat 4: Antara kita dengan Allah ﷻ, ayat 5 – 7: Untuk kita sahaja.
Nama-namanya; Ummul Kitab, As-Sab’ul Mathani, Al-Qur-anul Azhim, Al-Hamdu, Al-Solah, Al-Syifa' dan Al-Ruqyah.
Apabila kita memulakan sesuatu dengan Bismillah, kita menyempurnakan perbuatan kita dengan nama Allah.
Perkataan Allah merupakan ismun jamid iaitu perkataan yang tiada kata dasarnya.
Allah merangkumi semua sifat-sifat Allah.
Sifat rahman Allah diberikan kepada semua makhluk.
Sifat rahin diberikan hanya kepada orang yang beriman.
Ayat 2
ٱلحَمدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلعَـٰلَمِينَ
Jika Allah merangkumi kesemua nama dan sifat Allah, maksud utama perkataan Rabb ialah tuan.
Jika seluruh Al-Quran diringkaskan kepada satu ayat; Allah ﷻ adalah Rabb dan kita adalah hamba-Nya.
Sebagai tuan Allah boleh melakukan apa sahaja kepada hambanya di dunia, apatah lagi di akhirat. Hamba tiada hak untuk mempertikaikan nasibnya.
Berbeza apabila manusia menjadi tuan, dia tidak suka orang meminta-minta kepadanya sedangkan Allah suka apabila kita meminta-minta kepadaNya.
Kalimah Rabbil 'alamin lebih bermaksud kepada Rabb sekalian manusia dan jin berbanding Rabb sekalian alam kerana hanya manusia dan jin akan dipertanggungjawabkan atas perbuatannya dan dibalas syurga atau neraka.
Ayat 3
الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
Berbanding manusia yang berkuasa, manusia mungkin sombong, zalim, menyalah gunakan kuasa, bersikap keras kepada rakyatnya sedangkan Allah yang berkuasa adalah berlandaskan sifat maha pemurah dan maha penyayang.
Tiga maksud Al-Rahman; 1. Amat-amat pemurahNya, 2. Sentiasa sedang memberi rahmat tanpa henti-henti, 3. Sifat pemurahNya kepada semua makhluk sama ada yang beriman atau tidak adalah terhad hingga hari kiamat.
Allah memiliki 100 rahmat dan hanya satu bahagia rahmat diberi kepada penduduk dunia, lagi 99 akan diberikan kepada hambaNya pada hari kiamat.
Sifat Al-Rahim Allah hanya untuk orang beriman di akhirat nanti.
Al-Rahim bermaksud; 1. Sentiasa ada dan akan diberikan kepada ahli syurga sebagai balasan kepada amalan mereka di dunia, 2. Sifat ini tidak semestinya terjadi sekarang bagaimanapun sifat ini telah tetap ada.
Allah melarang manusia berputus asa dari rahmat Allah kerana Allah boleh mengampunkan segala dosa dengan sifat Al-Rahman dan Al-Rahim ini.
Ayat 4
مٰلِكِ يَومِ الدّينِ
Melalui ayat ini kita mengaku bahawasanya Allah menguasai hari pembalasan.
Terdapat dua qiraat dalam membaca maaliki, ada yang membacanya dengan satu harakat menjadi maliki yang bermaksud raja. Sedangkan Maaliki bermaksud yang memiliki. Keduanya diterima.
Al-din mempunya banyak maksud, antaranya agama dan doa. Dalam ayat ini yaum Al-Din bermaksud hari pembalasan.
Tiada seorang pun mempunya kuasa pada hari pembalasan. Nabi yang ingin memberi syafaat (pertolongan) sendiri perlu meminta izin dan mendapat izin dari Allah sebelum syafaat dapat diberikan kepada orang tertentu yang Allah izinkan jua.
Huraian bagi ayat ini ada dalam surah-surah dalam juzuk 30 yang banyak menceritakan tentang hari pembalasan.
Di hari pembalasan Allah bukan sahaja membalas segala perbuatan bak malah membalasnya dengan berkali-kali ganda.
Peringatan bahawa kita tidak terlepas dari setiap perbuatan kita di dunia.
Allah tidak menjadikan manusia hidup di dunia ini dengan sia-sia.
Orang yang kehidupannya bahagia di dunia bukanlah kerana balasan Allah kepadanya kerana balasan yang sebenarnya adalah di akhirat nanti.
Ayat 5
إِيّاكَ نَعبُدُ وَإِيّاكَ نَستَعينُ
Merupakan intisari kepada surah Al-Fatihah.
Tafsir ayat ini adalah Surah Al-Zumar.
Kalimah إِيَّاكَ نَعۡبُدُ didahulukan daripada إِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ kerana ibadah kepada-Nya merupakan tujuan yang paling penting, sedangkan permohonan pertolongan merupakan saranan untuk beribadah.
Wa iyyaka nastain; Tafsir ayat ini dalam surah-surah Ha Mim tujuh, iaitu dalam Surah Ghafir, Fussilat, Syura, Zukhruf, Dukhan dan Jaasiah.
Allah ﷻ tidak memerlukan perantaraan dalam doa (tawassul).
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
Budaya tempatan yang tiada dalam Islam seperti majlis doa selamat dan solat hajat berjemaah perlu ditinggalkan dan bertaubat jika pernah melakukannya.
Jika kita meminta pertolongan kepada Allah ﷻ, tetapi tanpa kita berusaha dalam masa yang sama, maka itu adalah permintaan yang tidak betul.
Permulaan dialog terus dengan Allah.
Kita hanya hamba yang lemah tidak berupaya untuk mengenal Allah ﷻ sepenuhnya – hanya melalui apa yang Allah ﷻ telah sebutkan tentang Diri-Nya dalam Al-Qur’an dan daripada hadith Nabi.
Ibadah itu adalah menyerah diri sebagai hamba. Serah diri dan taat seluruhnya kepada Allah ﷻ. Dilakukan dengan hati yang ikhlas.
Ada dua syarat untuk ibadat itu diterima; 1. Ibadat yang dilakukan hanya untuk Allah ﷻ. 2. Mengikut cara yang Nabi ﷺ ajar.
Kita tidak ada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah ﷻ.
Dalam doa kita, hendaklah kita ‘lapik’ permintaan kita itu dengan kata: “kalau ia adalah baik untuk kita”.
Cara paling baik untuk mengenal Allah ialah dengan mentadabburi Al-Quran. Allah memperkenalkan dirinya melalui kalamnya sendiri bukan melalui pelajaran sifat 20 yang dihasilkan dari kalam manusia.
Ayat 6
اهدِنَا الصِّرٰطَ المُستَقيمَ
Cara berdoa yang baik ialah dengan memuji Allah dahulu sebelum meminta kepada Allah.
“Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembah-Ku sahaja; inilah jalan yang lurus; Yasin 61.
Kalimah syahadah "la ilaha illa Allah, Muhammadur Rasulullah". Bukan untuk dizikirkan, yang dizikirkan hanya "la ilaha illa Allah".
Berhati-hati dengan lafaz zikir yang bukan diajarkan nabi saw kerana lafaznya berlebihan dalam memuji nabi saw. Berlebihan memuji nabi sehingga menyamakannya dengan tuhan membawa kekufuran; Dan sesiapa yang menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, dengan tidak berdasarkan sebarang keterangan mengenainya, maka sesungguhnya hitungannya (dan balasan amalnya yang jahat itu) disediakan di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir tidak akan berjaya; Al-Mukminun 117.
Allah memerintahkan kita untuk memohon hidayah. Hidayah yang utama ialah wahyu iaitu Al-Quran dan sunnah, hidayah yang kedua ialah gerakan hati untuk menerima dan mengamalkannya. Setiap orang menerima hidayah namun tidak semua mampu mengikutnya.
Cara untuk mendapatkan hidayah; 1. Taubat, 2. Menerima hidayah itu, 3. Menimba ilmu, 4. Meningkatkan iman, 5. Sentiasa berdoa kepada Allah, 6. Mengikut ajaran Al-Quran dan sunnah, 7. Berjihad melawan syaitan, 8. Menyampaikan ilmu yang benar, 9. Berkawan dengan orang yang baik.
Jalan yang lurus itu bukan sesuatu yang umum tetapi ia sesuatu yang pasti.
Al-Sirot merangkumi 5 syarat; 1. Mesti jalan yang lurus, 2. Sampai kepada tujuan, 3. Jalan paling dekat, 4. Jalan paling luas, 5. Jalan yang khusus menuju destinasi yang khusus.
Jangan tertipu dengan hujah bahawa semua jalan adalah menuju kepada Allah. Kaum musyrikin Mekah juga beribadah untuk mendekatkan diri kepada Allah tetapi dengan jalan yang tidak betul.
Ayat 7
صِرٰطَ الَّذينَ أَنعَمتَ عَلَيهِم غَيرِ المَغضوبِ عَلَيهِم وَلَا الضّالّينَ
Allah menerangkan makna jalan yang lurus. Allah tidak menerangkan Jalan yang lurus ialahlah jalan Al-Quran dan sunnah kerana kelompok tertentu boleh sahaja menisbahkan kelompok mereka mengikut jalan Al-Quran dan sunnah sedangakan mereka mungkin mengikutnya mengikut pemahaman sendiri, sedangkan jalan lurus yang Allah maksudkan ialah adalah jalan orang terdahulu iaitu jalan atau pemahaman para salafussoleh (3 kurun pertama).
Tafsiran jalan yang lurus ada pada surah Al-Nisa ayat 69; Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).
Golongan Al-Siddiqun: membenarkan kebenaran setelah mendengarnya. Mengikuti amalan yang betul dan meninggalkan amalan rekaan dalam agama.
Nikmat hidayah itu datangnya daripada Allah ﷻ sahaja.
Kalau kita tidak dapat nikmat semasa di dunia ini pun, tidaklah mengapa, asalkan kita mendapat nikmat yang banyak di akhirat nanti.
Orang yang dimurkai ialah orang Yahudi. Tafsirnya ada pada surah Al-Ma'idah 82; Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi...
Orang Yahudi percayakan Allah, mengakui Musa sebagai rasul, mengimani Taurat sebagai kitab namun hanya sedikit yang mereka ambil dari ajaran nabi Musa. Mereka utamakan kitab karangan ulama seperti Talmud melebihi Taurat.
Yahudi ialah keturunan Bani Israel iaitu anak cucu nabi Yaakub. Israel adalah gelaran bagi Yaakub.
Ciri utama orang yang dimurkai Allah ialah; mereka tahu kebenaran, tetapi mereka tetap tolak kebenaran itu.
Dan telah sahih daripada Nabi Muhammad ﷺ bahawa baginda bersabda: “Yahudi itu dimurkai dan kaum Nasara adalah orang-orang yang sesat”. (HR. Tirmidzi daripada ‘Adi bin Hatim رضي الله عنه, disahihkan Al-Albani رحمه الله dalam Shahih Al-Jami’ no 8202).
Yang tahu ilmu dan mengamalkannya. Inilah mereka yang mendapat nikmat daripada Allah ﷻ.
Tahu ilmu tetapi tidak mengikutnya. Ini adalah contoh golongan Yahudi.
Tidak berilmu dan tidak mahu belajar. Ini adalah contoh golongan Kristian.
Apabila wahyu Allah ﷻ iaitu Al-Qur’an dibaca kepada manusia, manusia akan terbahagi kepada lima puak; 1. Yang beriman, 2. Yahudi, 3.Musyrikin, 4. Kristian/Nasara, 5. Munafik.
Perkongsian penuh manfaat
BalasPadamTerima kasih.
Padamperkongsiaan yg sgt menarik.. terima kasih
BalasPadamSemoga bermanfaat.
PadamMasyallah. Tahniah..dan terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamSama-sama, semoga kita sentiasa diberi petunjuk.
PadamKeluarga saya setengahnya adalah nasrani. Krn kami memang banyak yg berbeda agama. Apapun saya berharap mereka mendapat hidayah suatu hari nanti. Terimakasih sharing pengertian per ayat dari Al Fatihah ini Abang
BalasPadamSama-sama, terus jaga hubungan baik dan berbuat baik selalu dengan mereka moga-moga sifat kita yang baik membuka hati mereka.
PadamAlhamdulillah..panjang juga perkongsian ini
BalasPadamIya, agak panjang kalau Al-Baqarah lagi panjang huhu.
PadamSangat bermanfaat. Terima kasih atas perkongsian.
BalasPadamTerima kasih atas sokongan.
Padam