Selasa, April 11, 2017

Melalaikan Waktu Lapang Dan Usia Sihat


Al-Imam Ibn Al-Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) berkata:

 ولقد شاهدت خلقًا كثيرًا لا يعرفون معنى الحياة: فمنهم من أغناه الله عن التكسب بكثرة ماله، فهو يقعد في السوق أكثر النهار، ينظر إلى الناس، وكم تمر به من آفة ومنكر! ومنهم من يخلو بلعب الشطرنج! ومنهم من يقطع الزمان بكثرة الحديث عن السلاطين، والغلاء والرخص، إلى غير ذلك فعلمت أن الله تعالى لم يطلع على شرف العمر ومعرفة قدر أوقات العافية إلا من وفقه وألهمة اغتنام ذلك وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ - فصلت: 35

“Benar-benar aku telah menyaksikan banyaknya manusia yang tidak memahami makna hidup ini, sebahagian mereka ada yang Allah jadikan kaya lagi berkecukupan tanpa perlu bekerja kerana banyaknya harta, namun dia hanya menghabiskan waktunya untuk duduk-duduk (melepak) di pasar hampir sepanjang hari untuk melihat orang ramai. Dan berapa banyak keburukan dan kemungkaran yang telah dia dapatkan (dengan perbuatannya)?

Sebahagian mereka ada yang bermain catur, yang lainnya lagi ada yang menghabiskan waktu dengan banyak memperkatakan pemerintah, tentang naik dan turunnya harga barang-barang, serta (sembang-sembang) yang lainnya.

Maka aku pun memahami bahawa Allah Ta’ala tidak menampakkan betapa berharganya umur dan mengenal kadar waktu sihat itu kecuali kepada siapa yang diberikan taufiq-Nya dan ilham untuk benar-benar memanfaatkan umur dan waktu sihatnya dengan sebaik-baiknya. (Sebagaimana firman Allah Ta’ala), “Dan keutamaan itu tidak diberikan kecuali kepada hamba yang mendapatkan kurniaan yang sangat besar.” (Surah Fushshilat, 41: 35).”

[Shaid Al-Khathir oleh Ibn Al-Jauzi, m/s. 241]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan