Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Dr Rozaimi | 11 Mei 2017 | 15 Sya'ban 1438


Hadis 26

Abu Hurairah riwayatkan Rasulullah ﷺ bersabda. Setiap tulang-belulang perlu bersedekah, setiap hari perlu sedekah, berlaku adil bagi dua orang itu sedekah, bantu manusia naiki kenderaan atau angkatkan barang itu sedekah, dan perkataan itu sedekah, setiap langkah untuk solat itu sedekah, buang kotoran / duri di jalanan juga sedekah. 

Allah menciptakan manusia dengan seimbang. 

Allah jadikan manusia dalam keadaan tiada apa2. Kemudian dijadikan deria2 supaya manusia berilmu; pendengaran (disebut dahulu), penglihatan, jantung (Melayu nisbahkan hati), 

Perkataan yang baik: perkataan yang benar dalam keadaan yang sesuai. 

Nabi nak kita memberi manafaat kepada orang lain. 

Solat dhuha dikenali juga solat ishrak atau awwabin. 

Solat dhuha boleh mengganti sedekah2. 


No comments:

Post a Comment