Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Rozaimi | 20 Julai 2017 | 27 Syawal 1438


Nasihat Nabi ﷺ selepas solat fardhu Subuh berjemaah. 

Nasihat Balaghah: kata2 yang banyak maknya yang bermakna. 

Ibn Mas'ud pernah beri khutbah Jumaat yang sangat ringkas. Dia berkata Rasulullah ﷺ bersabda sesungguhnya panjangnya solat dan pendeknya khutbah menunjukkan faqihnya seseorang itu pada agama. 

Takutlah dengan neraka walaupun dengan sedekah separuh tamar atau kata2 yang baik. 

Nasihat Nabi ada sedikit berbeza kali ini. Satu nasihat yang menusuk kalbu. 

Nasihat yang mengalirkan air mata bagi yang mendengar. 

Sahabat sebut nasihat ini seperti ucapan orang yang ingin meninggalkan kami. Bergetar hati para sahabat. 

Jika ingin bercakap jangan percakapan itu menyebabkan kita menyesal dikemudian hari. 

Mempertahankan kebenaran dengan caci maki sebenarnya dia sedang berniat buruk. 

Solatlah sepertimana solat seperti orang yang akan menunggal. 

Nasihat nabi ﷺ: Bertaqwalah kepada Allah. 

Nasihat bertaqwa kepada Allah ini telah diseru kepada ahli2 kitab sebelum kamu. 

Dengar dan taatlah walaupun pemimpin kamu itu bekas hamba abdi. Selagi mana arahannya bukan maksiat kepada Allah. 

Sesungguhnya sesiapa yang hidup
lama selepas aku mati akan dapat melihat perselisihan yang banyak. 

Terdapat perbezaan yang dibenarkan dan perbezaan pendapat yang tidak dibenarkan. 

Contoh yang dibenarkan: larangan menggunakan gelaran Abul Qasim 

Perbezaan yang tidak diraikan seperti perbezaan dengan golongan murjiah, anti hadis, qadariah, shi'ah dll. 

Jika kita melihat perselihan yang banyak, carilah sunnahku. 

Ada yang kita sangkakan ibadah kerana ia baik pada akal sedangkan tidak disukai nabi ﷺ. 

Nabi tegur bila orang berpuasa sampai masa berbuka, beribadah malam tetapi jangan sampai tidak tidur. 

Ahli sunnah: orang berpegang pada sunnah. 

Sekiranya tiada sunnah Nabi ﷺ ikutilah sunnatul khulafak ar Rashidin. 

Gigit sunnah dengan gigitan gigi geraham. 

Melazimi sesuatu ibadah itu perlu tahu asal dan usulnya. 

Hati2 dengan perkara baru dalam agama, semua bid'ah itu tempatnya di neraka. 

Bid'ah dalam urusan dunia dibenarkan: innovate, renovate. 

Yang melakukan bid'ah dalam agama ialah orang yang tidak berdisplin dalam agama. 

Kitab 'iktisom karangan imam As Syatibi.