Selasa, November 14, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | 14 November 2017 | 26 Safar 1439


Kitab Jamiul Ulum wal hikam - Imam Ahmad bin Hambal

Dari Abu Said al Khudri Rasulullah ﷺ bersabda. Siapa yang melihat perkara mungkar hendahlah dia cegah dangan tangan, jika tidak mampu, cegah dgn lisan, tidak mampu juga, cegah dengan jiwa. 

Setiap nabi ada hawariyyun (pembantu2) dan sahabat. Cirinya: mereka akan ambil sunnah nabi dan akan ikut segala perintah nabi. Akan muncul golongan hanya suruh buat tetapi tidak buat dan buat apa yang tidak disuruh buat. Orang yang menentang golongan ini ialah orang mukmin. 


Fitrah insan mengenali benda yang baik. Dikenali sebagai makruf. Mungkar sebaliknya ialah perkara yang asalnya tidak dikenali, perkara yang maksiat. 

Al-Maidah

Yahudi dilaknat disampai melalui lidah Daud dan Isa. Mereka melampau. Mereka tidak cegah perkara mungkar. 

Perkara mungkar bukan hanya dibuat oleh orang jahat semata. 

Hukum cegah kemungkaran ialah fardhu kifayah. 

Perkara mungkar yang disembunyikan tidak perlu dicari. 

Tidak mampu: takut merbahaya, takut membahayakan keluarga dan jiran setempat. 

Jangan ada orang yang terhalang untuk mencegah kemungkaran kerana takutkan manusia. 

Fiqh amal maaruf nahi mungkar. Dengan lembut dahulu. Dengan hikmah, dengan kesesuaian. Dan juga dengan nasihat yang baik. Adil pada perkara yang disuruh dan dicegah. Alim. 

Buhtan: reka cerita. 

Fiqh nahi mungkar: Dalam mencegah kemungkaran jangan memunculkan kemungkaran yang lebih besar. 

Cegah dengan jiwa itu adalah selemah2 iman. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan