Jumaat, September 03, 2021

Upgrading the Processor from Core i5 to i7

Upgrading the Processor from Core i5 to i7

 

Assalamualaikum, posting kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman menukarkan processor laptop dari Intel Core i5 kepada i7. Laptop Lenovo ThinkPad asalnya dikuasakan dengan processor i5-2520M. Semasa mengemas rumah terjumpa satu laptop rosak dengan processor i7-2630QM lalu mulalah mencari info sekiranya boleh ditukarkan masuk ke dalam ThinkPad T420. Setelah disahkan didapati memang boleh masuk processor ini. Ingat, bukan semua laptop boleh diupgrade processornya. Sekiranya boleh pun hanya processor dari generasi yang sama yang boleh diupgrade atau perlu flash BIOS tertentu dahulu. Dalam kes ini, belum kekeyakinan untuk flash Coreboot untuk membenarkan pengantian processor dari generasi ketiga. 

Screenfetch dengan i7-2630QM
Proses upgrade processor ini tidaklah terlalu sukar untuk laptop ini, hanya perlu buka keyboard dan palmrest dah boleh akses ke processor. Tanggalkan yang lama dan ganti dengan yang baru. Bila dah ganti processor kenalah letak thermal paste dah ambillah kesempatan untuk cuci apa yang patut. Dalam keadaan yang paling baik, laptop akan boleh di onkan seperti biasa dan OS akan detect perubahan ini. Dalam kes aku ini, terdapat masalah yang ingin dikongsikan semoga menjadi pengajaran kepada orang lain. Antara kesilapan yang telah dilalukan dalam proses mengupgrade processor ini ialah:

  1. Tidak mencuci thermal paste lama dengan baik: terlupa nak cuci bahagian pada bahagian fan, sedangkan bahagian processor dan cantik. Simptom dia OS akan freeze bila loading desktop. Setelah dicuci semula dan di letakkan semula thermal paste baharu barulah OS dapat load dengan baik.
  2. Tidak membuat backup: hard disk yang digunakan rosak berkemungkinan disebabkan oleh Windows 10 yang crash dan cubaan untuk recovery. Mungkin jika single boot tiada masalah tetapi hard disk ini ada dual boot antara Manjaro Linux dan Windows 10. Boot pada Manjaro tiada masalah, tetapi crash pada Windows 10.

Nasib baiklah ada SSD lebih, boleh ganti dan install Manjaro dengan cemerlang. Malas dah nak buat dual boot dengan Windows. Dengan penaiktarafan processor ini performance laptop menjadi semakin bagus. Perubahan dari Dual Core 4 Threading kepada 4 Core 8 Threading, performance semakin cemerlang berbanding i5 yang lama. Kalau berhajat nak upgrade processor bolehlah semak dahulu spec laptop anda.


Processor i7 yang dijumpai tersadai tanpa digunakan


Processor yang telah dicuci sampai berkilat

Menggunakan thermal paste Arctic MX-2

Tanda yang baik bila Bios dah detect processor itu

Laptop Acer Aspire 5750G yang dijumpai tersadai rosak

 

Sekian dahulu untuk kali ini. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan