Jumaat, April 22, 2022

Bangunan Baharu Hospital Balik Pulau (2022)



 

Pagi ini ternampak di Google Business Pages Hospital Balik Pulau (HBP) tiga gambar ini. Agak teruja jugalah sampai terkemaskinilah blog ini dibuatnya. Dulu masa mula masuk kerja di HBP bangunan ini masih dalam pembinaan dan pembinaannya banyak masalah untuk disiapkan. Sehinggalah bertukar dari HBP bangunan ini masih belum siap. Dari gambar ini mungkin bangunan ini telah mula boleh digunakan. Untung orang Barat Daya Pulau Pinang terutamanya orang Balik Pulau dengan penambahan bangunan baharu ini. Mungkin lebih selesa dan dapat memberi lebih perkhidmatan kepada semua. 

Mengikut perancangannya akan ada bilik server baharu untuk IT dan juga ruang kerja baharu di bangunan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan