Wednesday, January 04, 2023

2023 - Bring Back Personal Blogging

Assalamualaikum, kedatangan tahun baru pada aku hanyalah satu perubahan nombor sahaja. Secara teknikalnya kita hanya meneruskan kehidupan sediakala seperti biasa. 

Ramai orang kaitkan azam dengan tahun baru, sedangkan sebenarnya kita perlu sentiasa berazam pada setiap masa. 

Pagi ini ada terbaca satu pos dari TheVerge.com bertajuk "Bring back personal blogging". Antara peristiwa hangat yang berlaku dalam tahun 2022 ialah jatuhnya Twitter sejak Elon Musk membeli syarikat itu. Berbondong-bondong pengguna twitter mencari alternatif lain. 

Ada juga diperkatakan tentang akan kembalinya zaman blog dalam tahun ini. Mana yang berblog itu teruskan berblog. Sekian.


2 comments:

ciantau said...

terima kasih atas nasihat , teruskan berblog . walau blog saya ni merapu dan hampir shutdown hahaha . agak cemburu tgk rakan2 yg kerap uptodate blog mereka .

ciantau said...

waalaikumsalam tuan