Selasa, Julai 08, 2025

Cuti Awal Muharram 1447H Ke Cyberjaya Dan Gombak

Assalamualaikum dan selamat malam. Rasa nak buat catatan sedikit malam ni walaupun jam dan menunjukkan 11.38PM. Siang tadi agak banyak berehat dan baring-baring kerana Penang cuti World Heritage Day pada hari ini jadi tak rasa mengantuk lagi. Cerita pada hujung minggu lepas, disebabkan hari Jumaat tu cuti jadi aku plan nak ziarah bonda di Gombak, cuma masalahnya ketika tu ada tetamu menginap di Setia Homestay. Rumah dua tingkat bonda dah dijadikan homestay di bahagian atasnya, kebiasaannya bila aku nak balik akan blocklah tarikh tu supaya guest tak masuk tapi dah agak lewat buat keputusan nak balik tu. Sebenarnya agak tersilap percaturan juga kerana rupanya minggu ni pun cuti bersambung hingga Isnin. Kalau balik minggu ni pun bagus tapi itulah benda dah terlepas jangan dikalau-kalaukan. Pasti ada hikmahnya juga. 

Hari Jumaat tu kami bertolak awal pagi supaya dapat solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah di Cyberjaya. Alhambdulillah Allah permudahkan perjalanan dan sempat rehat sekejap sebelum ke masjid. Selesai solat Jumaat kami makan nasi arab di satu kedai arab yang aku lupa nama kedainya di Persiaran Rimba Permai, Cyberjaya. Sedap juga nasi arabnya dan harga pun agak boleh diterima. Kami ni puan isteri yang belanja. Petang kami berehat dan malamnya pun kami tak keluar makan, makan apa yang ada di rumah sahaja ketika itu.

Keesokan harinya selepas sarapan di Kedai Kopi Sudin di Cyberjaya kami bertolak ke Gombak untuk ziarah bonda. Kali akhir bertemu ialah pada hari Raya Puasa yang lalu, agak lama juga dan kerana itulah aku ambil keputusan untuk ziarah. Memang rasa tak puas berziarah jika tak tidur sekali di rumah bonda tapi nak buat macam mana dah ada orang menginap lain pula. Petangnya kami balik ke Cyberjaya semula. Sebelum sampai ke rumah kami singgah shopping groceries dan makan malam dahulu sebelum balik ke rumah. 

Keesokan harinya kami balik ke Penang, Alhamdulillah perjalanan lancar. Jika dilihat traffik menghala ke KL memang banyak kesesakan berlaku. Malam tu ada seorang minta tolong selesaikan masalah laptop anak dia yang tak boleh masuk Windows, keluar blue screen. Problemnya dia nak cepat dan aku settlekan dalam masa dua jam. Anaknya nak balik asrama di MCKK tapi laptop nak kena repair dulu, settle masalah laptop anak dia legalah. Dia pun minta maaf banyak-banyak kerana agak mendesak, dia dah hantar ke kedai tapi kedai tak nak buat.

Begitulah sedikit catatan ringkas apa yang berlaku pada hujung minggu lepas atau pun pada cuti awal Muharram.   


Hantar ke hotel kucing untuk 2 malam.

Sarapan roti bakar dan telur goreng di Medan Selera Perda. 

Solat jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, filter kamera buat gambar jadi warna pink pula.

Menunggu makan arab sampai.

Nasi arab hanith chicken, sedap betul siap berkuah sedikit hanith chicken tu, jadi tak perlu sup tambahan.

Tak ambil gambar di Gombak hanya ada gambar urut kaki sahaja.

Bawa laptop untuk di test dan dijual. Dah selamat dijual murah-murah.

Permandangan dari rumah di Cyberjaya. Sekali lagi filter buat gambar jadi pink pula.

Perjalanan balik ke Penang, singgah Harrods Bread di R&R Gunung Semanggol kalau tak silap.

Settlekan masalah laptop orang yang terdesak nak cepat siap.

Setakat ini sahaja, terima kasih. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan