Memaparkan catatan dengan label Dr Rozaimi Ramle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dr Rozaimi Ramle. Papar semua catatan

Selasa, Oktober 10, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Dr Rozaimi Ramle | 10 Oktober 2017 | 20 Muharram 1439


Hadis 32 


Tidak ada darar dan tidak ada dirar. 

Riwayat Ibnu Majah musnad (bersanad sampai nabi)

Muattak Imam Malik mursal (tabiin terus kepada nabi, skip sahabat)

Percanggahan antara 2 riwayat bagi hadis yang sama. 

Usuliyyun (ulama usul fiqh) ambil pendapat ikut yang bersambung. Tambahan perawi tsiqah diterima. 

Sebahagian ulama ambil kira yang terputus kerana lebih berhati2 dan bukan ikut kebiasaan. 

Tidah boleh ambil pendekatan umum untuk nilai seorang perawi kerana ada yang bila tua ingatannya tidak kuat, ada yang ambil ditempat lain tanpa kitab. 

Manusia menjadi musuh bagi perkara yang dia jahil. 

Tiada ada mudharat dan tidak ada mudharat. 

Ada ulama tafsir untuk penekanan disebut dua kali. 

Ada ulama berpendapat tambahan perkataan beri maksud lain. 

Pendapat darar ialah mudharat. Tiada yang mudharat. Dirar mudharatkan orang. 

Pendapat 2: Jgn laku mudharat, jgn balas dgn mudharat. 

Pendapat 3: Tiada boleh beri mudharat untuk manafaat sendiri, Dirar - tidah boleh beri mudharat tanpa harap manafaat

Hukum memudharatkan orang ialah haram. 

Hadis 33

Jika manusia diberikan sesuatu hanya kerana dakwaannya nescaya akan akan ada kaum yang mendakwa 

Org dakwa kena bawa bukti, org dituduh tidak dibebani bukti. 

Pendakwa ialah orang yang cuba mengubah status quo. 

Kassim Ahmad tidak boleh dikafirkan selagi belum ditegakkan hujah. 

Mufti Kedah kena keluarkan fatwa sama ada boleh disolatkan, dikubur ikut cara Islam. 


Khamis, Julai 20, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Rozaimi | 20 Julai 2017 | 27 Syawal 1438


Nasihat Nabi ﷺ selepas solat fardhu Subuh berjemaah. 

Nasihat Balaghah: kata2 yang banyak maknya yang bermakna. 

Ibn Mas'ud pernah beri khutbah Jumaat yang sangat ringkas. Dia berkata Rasulullah ﷺ bersabda sesungguhnya panjangnya solat dan pendeknya khutbah menunjukkan faqihnya seseorang itu pada agama. 

Takutlah dengan neraka walaupun dengan sedekah separuh tamar atau kata2 yang baik. 

Nasihat Nabi ada sedikit berbeza kali ini. Satu nasihat yang menusuk kalbu. 

Nasihat yang mengalirkan air mata bagi yang mendengar. 

Sahabat sebut nasihat ini seperti ucapan orang yang ingin meninggalkan kami. Bergetar hati para sahabat. 

Jika ingin bercakap jangan percakapan itu menyebabkan kita menyesal dikemudian hari. 

Mempertahankan kebenaran dengan caci maki sebenarnya dia sedang berniat buruk. 

Solatlah sepertimana solat seperti orang yang akan menunggal. 

Nasihat nabi ﷺ: Bertaqwalah kepada Allah. 

Nasihat bertaqwa kepada Allah ini telah diseru kepada ahli2 kitab sebelum kamu. 

Dengar dan taatlah walaupun pemimpin kamu itu bekas hamba abdi. Selagi mana arahannya bukan maksiat kepada Allah. 

Sesungguhnya sesiapa yang hidup
lama selepas aku mati akan dapat melihat perselisihan yang banyak. 

Terdapat perbezaan yang dibenarkan dan perbezaan pendapat yang tidak dibenarkan. 

Contoh yang dibenarkan: larangan menggunakan gelaran Abul Qasim 

Perbezaan yang tidak diraikan seperti perbezaan dengan golongan murjiah, anti hadis, qadariah, shi'ah dll. 

Jika kita melihat perselihan yang banyak, carilah sunnahku. 

Ada yang kita sangkakan ibadah kerana ia baik pada akal sedangkan tidak disukai nabi ﷺ. 

Nabi tegur bila orang berpuasa sampai masa berbuka, beribadah malam tetapi jangan sampai tidak tidur. 

Ahli sunnah: orang berpegang pada sunnah. 

Sekiranya tiada sunnah Nabi ﷺ ikutilah sunnatul khulafak ar Rashidin. 

Gigit sunnah dengan gigitan gigi geraham. 

Melazimi sesuatu ibadah itu perlu tahu asal dan usulnya. 

Hati2 dengan perkara baru dalam agama, semua bid'ah itu tempatnya di neraka. 

Bid'ah dalam urusan dunia dibenarkan: innovate, renovate. 

Yang melakukan bid'ah dalam agama ialah orang yang tidak berdisplin dalam agama. 

Kitab 'iktisom karangan imam As Syatibi. 


Khamis, April 06, 2017

Kuliah Maghrib | Masjid UPSI | Ustaz Dr Rozaimi Ramle | 6 April 2017 | 10 Rejab 1438


Pengajian Hadis

Hadis 25 Jamiul Ulum wal Hikam - Ibn Rajab


Abu Dzar riwayatkan hadis ini. Sesungguhnya ada beberapa kump manusia berjumpa Rasulullah ﷺ dan bertanya. Ya Rasulullah ﷺ orang kaya telah pergi membawa pahala2 dengan solat seperti mana kami solat dan berpuasa sebagai mana kami berpuasa. Mereka bersedekah dengan lebihan harta yang ada pada mereka. Orang kaya boleh buat apa yang kami tak boleh buat. Nabi ﷺ memberi jawapan. Tidakkah Allah telah jadikan sesuatu yang kamu boleh bersedekah dengannya? Sesunggunya bagi setiap ucapan tasbih (SubhanAllah) adalah sedekah. Setiap takbir (Allahuakbar) sedekah. Tahmid (Alhamdulillah) juga sedekah, tahlil (Lailahaillah…) juga sedekah. Menyeru maaruf dan mencegah mungkar juga sedekah. Pada kemaluan isteri kamu juga sedekah. Sahabat tanya adakah kerana melakukan jimak dikira sedekah? Nabi ﷺ kata. Apa pandangan kamu jika sesorang meletakkan syahwat pada yang haram berdosa? Ya, jawab sahabat. Kata nabi ﷺ, begitu juga melepaskan syahwat pada yang halal akan mendapat pahala. 

Miskin - tiada lebihan harta
Fakir - lebih dahsyat dari miskin
Ghibtoh - dengki dalam urusan baik. Berlawanan dengan hasad. 

Taubah 92

Holy Quran 9:92
------------------
وَلَا عَلَى ٱلَّذِينَ إِذَا مَآ أَتَوْكَ لِتَحْمِلَهُمْ قُلْتَ لَآ أَجِدُ مَآ أَحْمِلُكُمْ عَلَيْهِ تَوَلَّوا۟ وَّأَعْيُنُهُمْ تَفِيضُ مِنَ ٱلدَّمْعِ حَزَنًا أَلَّا يَجِدُوا۟ مَا يُنفِقُونَ

Dan tidak juga berdosa orang-orang yang ketika mereka datang kepadamu (memohon) supaya engkau memberi kenderaan kepada mereka, engkau berkata: "Tidak ada padaku kenderaan yang hendak kuberikan untuk membawa kamu", mereka kembali sedang mata mereka mengalirkan airmata yang bercucuran, kerana sedih bahawa mereka tidak mempunyai sesuatupun yang hendak mereka belanjakan (untuk pergi berjihad pada jalan Allah). 

Tanya diri: apa yang kita dah buat untuk agama sepanjang hidup? 

Akan sentiasa ada dari kalangan umatku yang tetap dalam kebenaran. Tidak peduli dicela. Hingga Allah akhirnya beri kemenangan. 

Lebih baik dipenjara di dunia kerana menyelamatkan orang dari api neraka. 

Jangan dipertikai benda yang baik walaupun kecil. 

Sedekah tanpa harta:
  1. Berbuat baik dengan makhluk. 
  2. Usaha jangan bagi mudharat pada orang lain
  3. Tasbih, takbir, tahmid, tahlil

Ghast: pokok tahan lama
Zar'an: pokok tak tahan lama

Nafkah zahir juga adalah sedekah. 

Tidak berganjak kaki di Masyar:
  1. Umur dimana dihabis
  2. Harta dari mana dapat dimana dibelanja
  3. Ilmunya untuk apa dimanafaatkan