Khamis, Mac 01, 2007

Maruah RM15

Maruah RM15:
KUALA SELANGOR: Hanya kerana wang RM15, seorang gadis yang juga pelajar kolej swasta tergadai maruah diri apabila diperkosa bergilir-gilir lebih enam lelaki yang juga rakan kuliahnya sendiri.

Mangsa yang berusia awal 20-an itu pada mulanya dikatakan cuba meminta wang berkenaan daripada kekasihnya, tetapi lelaki itu didakwa meminta ganjaran seks.

Berikutan itu, mangsa menyerahkan kehormatan dirinya kepada kekasihnya di sebuah rumah kosong di Tanjung Karang, dekat sini, pertengahan Februari lalu.

Sumber polis berkata, bagaimanapun sejurus selesai melakukan hubungan seks, dua lagi rakan mangsa muncul di rumah kosong itu dan mengugut mahu membocorkan perlakuan sumbang mereka kepada orang ramai.

“Mangsa kemudian diminta membenarkan tubuhnya diperkosa kedua-dua lelaki terbabit jika tidak mahu rahsianya didedahkan,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan dan malu jika perbuatan itu diketahui rakan lain serta keluarga, terpaksa menuruti kehendak dua lelaki terbabit.

“Kes itu berulang lagi pada hari kedua apabila suspek bersama dua rakannya mengugut mangsa dengan alasan sama. Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikuti suspek ke rumah kosong berkenaan sebelum dirogol beramai-ramai sekali lagi,” katanya.

Keesokannya, suspek bersama lima rakan kolej mangsa sekali lagi datang mengugut mangsa sebelum merogolnya berulang kali di tempat sama bermula petang hingga malam.

Kejadian itu menyebabkan mangsa trauma dan tertekan sebelum menceritakannya kepada seorang tenaga pengajar kolej berkenaan. Dia kemudian dinasihatkan membuat laporan polis.

“Polis Kuala Selangor menerima laporan kes pada 21 Februari tapi tidak dapat menahan suspek kerana pelajar kolej itu sedang bercuti.

“Setakat ini, lima pelajar berusia awal 20-an itu termasuk teman lelaki mangsa sudah ditahan sebaik mereka kembali ke kolej selepas tamat cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam (kelmarin).

“Siasatan juga dijalankan sama ada teman lelaki mangsa merancang kejadian itu atau dia tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan lain yang merogol mangsa,” katanya.

Kumpulan pelajar itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Selangor pagi semalam dan diperintahkan ditahan reman selama 10 hari untuk membantu siasatan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Selepas membuat laporan, mangsa dibawa ke Hospital Tanjung Karang untuk pemeriksaan dan disahkan dirogol. Dia kini menjalani kaunseling bagi mengatasi masalah trauma dan tekanan perasaan.

Penangkapan itu menyebabkan semua suspek tidak dapat menduduki peperiksaan semester yang dijadualkan dalam masa terdekat.

Malah, difahamkan nama semua suspek digugurkan daripada menduduki peperiksaan kerana disyaki terbabit dalam jenayah berkenaan.

Polis sedang meneruskan usaha memburu seorang lagi suspek yang dipercayai masih bebas.
Related post: , , , , ,

1 ulasan:

  1. minta maaf, tak kteerlaluan kalau saya cakap...

    pompuan tu bodoh
    balak dia bodoh
    lelaki-lelaki lain yang rogol beramai2 tu pun bodoh

    kenapa bodoh sangat tak tau nak buat pilihan?

    BalasPadam