PUTRAJAYA: “Ini bukan gimik, kalau gimik takkan kami hendak mendaftarkan parti ini dan kami pun bersedia bertanding dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Presiden Penaja Parti Mahasiswa Negara, Azlan Zainal, 23, yang mendakwa penubuhan parti itu bukan bersifat main-main berikutan bahang Pilihan Raya Umum ke-12 semakin terasa ketika ini.
Azlan yang ditemui di lobi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), di sini, semalam, juga menafikan penubuhan parti itu sebagai gimik politik biarpun Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melarang pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan diri dalam politik.
Beliau berkata, biarpun sebuah parti baru, mereka akan membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang termasuk peruntukan.
“Tunggu dan lihat...kami akan membuat semua persediaan,” katanya selepas diiringi beberapa ahli parti itu menemui pegawai Pendaftar Pertubuhan di kementerian berkenaan.
Sebuah parti baru muncul dalam keadaan tergesa2. Bersediakah parti ini menghadapi pilihanraya?
Penubuhan PMN adalah salah satu tanda mahasiswa bangkit. mahasiswa bangkit membela rakyat. mampu atau tidak kita biarkan yang penting kita mestilah menyokong mahasiswa yang sedia bertempur di medan politik bahkan ini menunjukkan keberanian mahasiswa sudah kembali. beri ruang pada mereka untuk menunjukkan kemampuan mereka dalam bidang yang mereka minati. saya yakin mereka mempunyai idea yang tersendiri.
BalasPadamHIDUP MAHASISWA!!!!
BalasPadamterlebih dahulu mahasiswa perlu menongkah arus menentang AUKU yg sememangnya diwujudkan untuk menyekat mahasiswa dari berpolitik.
BalasPadamTAHNIAH KEPADA MAHASISWA KERANA BERANI MENUBUHKAN PNM. hidup mahasiswa untuk negara!!!
BalasPadamsenyap je dah parti ni. berjaya ke di wujudkan?
BalasPadam