Dah kerja kat hospital ni senang sikit nak deal untuk operation jadi cekalkan hati untuk surrender untuk buat operation. Mulanya dr kata Lipoma tapi lepas prosidur pagi tadi dr yang supervise operation tu kata Sebaceous Cyst.
Pukul 7.30 pagi dah muncul kat operation theater, memang sengaja nak cepat2 supaya selesai cepat. Sampaikan nak bersarapan pun belum lagi. Kena tukar baju untuk operation kemudian kena meniarap. Posidur ni hanya bius setempat sahaja jadi masih boleh dengar doktor beri arahan kepada doktor satu lagi. Ambil masa setengah juga operasi ini.
Doktor yang supervise sangat bagus dalam memastikan prosidur betul2 clear dan tiada yang tertinggal, mana yang perlu potong lagi & minta hati2 agar tak over do cutting pakai laser tu. Kita terpaksalah bau daging terbakar tu. Lama juga menunggu dalam keadaan meniarap dan tangan terhimpit sampai rasa nak kebas. Lama pula rasa nak cuci dan jahit semula pembedahan itu.
Doktor suruh rehat dah dapat mc 4 hari termasuk hari ini dan esok (Ahad). Lepas 4 jam masih rasa sakit di tempat operation. Dapat appointment untuk buka balutan lepas 2 hari tapi ingat kalau dah tak sakit nak buka sendiri sahaja.
Semoga cepat sembuh, patuh doktor ye...
BalasPadam