Sunday, April 21, 2024

Projek Mengganti Enjin Jam Dinding Seiko

Assalamualaikum semua, selamat berhujung minggu. Minggu ini agak sunyi sedikit dengan aktiviti kerana puan isteri tak balik hujung minggu ni sebab ada kerja pada hari Sabtu, kalau nak balik pun sehari sahaja jadi aku bagitau tak perlu baliklah.

Disebabkan itu jugalah aku merajinkan diri untuk membaiki jam dinding Seiko ni. Sayang jam ni sebab beli masa awal2 pindah rumah sendiri dulu. Asalnya digantung di ruang tamu, bila dah ganti yang di ruang tamu yang lama di gangtung dalam bilik tidur utama. Mulanya ingatkan bateri habis tapi rupanya enjin dia dah rosak. Kalau korang ada jam dinding yang rosak tapi sayang nak buang sebab mungkin ada nostalgia, kenangan atau ada harga sikit masa beli tu maka boleh sahaja ganti enjin dia. Enjin dia ada dijual dan kebanyakkannya sama sahaja enjin2nya.

Bila aku bawa turun jam dinding ni dan cuci2 dahulu mulalah si kucing yang diberi nama Gumiko menyibuk2kan diri. Dia pantang ada benda2 pelik sikit mulalah dia sibuk nak teroka. Mungkin dari inilah sampai ada biladan inggeris berbunyi curiosity kill the cat. Rasanya part paling susah pun untuk tukar enjin jam ni ialah part nak keluarkan jarum dengan cermat dan tak bengkok. Jarum jam ni biasanya di buat dari aluminium nipis dan kalau tak kena gayanya akan bengkok atau patah terus. 

Aku ni dulu peminat Seiko, ada beberapa jam tangan jenama Seiko dan jam dinding pun aku akan cari brand Seiko. Bila kita suka sesuatu itu kita akan jaga lebih sikit. Terisilah waktu untuk pagi hari Ahad ni. Lepas Zohor nanti ada jemputan kenduri. Perut pun dan rasa lapar ni. 











Setakat ini dahulu untuk catatan kali ini. 

5 comments:

  1. Hahahahaha sama laaaah dengan kucing saya. Apapun yg baru, atau kalo saya sedang buka paket, paling sibuk mereka nak tahu itu apa 🤣🤣.

    Seiko ini baguus, dan awet 👍👍. Dulu di rumah papa, semua jam dinding rasanya Seiko yg dibeli. Jam tangan papa pun itu juga. Kalo saya cuma ada 1 jam dinding di rumah. Tak terbiasa lihat jam lagi. Skr ini nak tahu waktu, pasti liat hp 😅

    ReplyDelete
  2. rajin awak... jam dinding ldy ni masih setia di dinding walaupun dah lama x bergerak... huhuhuhuhu.. sekurang2nya dia tetap tunjukkan waktu tepat dalam 2 kali sehari mcm tu :P

    ReplyDelete
  3. bagusnya u rajin bertukang repair jam hehehe

    ReplyDelete
  4. gerammmm je tengok yang dok meyibuk tu
    dia tolong ke tak tu?
    hahahaha

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ada spare parts yang boleh diganti. Sayang barang lama yang ada sentimental value ni kan. Ada pembantu pulak ye di situ. Pembantu tolong tengok je lah boleh.

    ReplyDelete