Assalamualaikum dan selamat malam. Rasa nak buat catatan sedikit di blog ini walaupun hati rasa tak berapa tenteram kerana masih duk berharap-harap dapat panggilan haji last minit dari rayuan Tahung Haji. Saja aku cuba beli bateri iPhone ni sebab terracun dengan iklan di TikTok. Senang sangat dari iklannya tu untuk tukar bateri sebenarnya taklah mudah sangat tetapi boleh dilaksanakan dengan kesabaran dan kena ada backup plan sekiranya tak berjaya iaitu kena hantar ke kedai juga.
iPhone aku ni dan 6 tahun berkhidmat, ikutkan dah nak kena tukar dah baru smooth tapi sebenarnya dari segi performance tak lah teruk sangat setelah di tune features-featuresnya, masih boleh pakai untuk kebanyakan perkara kecuali masalah bateri cepat habis. Mana taknya bateri health dah kurang dari 80%. Kalau ikutkan memang kena tukar bila bateri health kurang dari 80%.
Benda paling tricky ialah nak buka screen phone ni. Mulanya aku tak guna heat gun dan tak berjaya buka. Bila guna heat gun baru boleh buka. Bila dah buka kena cabut bateri lama, bergantung atas kekuatan gam kalau kuat gamnya akan susah sikit nak buka. Dalam kes aku ni gamnya tak berapa kuat. Kemudian kena buka 3 skru halus, terpaksa tengok dengan mata hati kerana mata tak berapa nak nampak maksudnya agak-agak sahaja. 3 skru nilah yang securekan connector bateri ke board. Sebelum pasang semula kita on dahulu dan tada berjaya juga.
Dapatlah guna beberapa bulan lagi sebelum diganti. Sendiri punya berani buat, kalau orang lain punya risau juga.
Bateri dan aksesori yang lengkap. |
Heat gun perlu ada untuk lembutkan getah screen. |
New battery health 100%. |
Sekian dahulu.
Harapnya ada berita baik nanti. Aamiin...
BalasPadamKalau pandai bab-bab repair electronic ni mesti kena yakin dan berani cuba. Saya memang taklah, hantar kedai je rajin. Senang boleh buat sendiri, tinggal beli bateri je. iPhone ni berbaloi beli sebab tahan lama pakai. Batery health tu lah yang masalahnya kan. Kembali terus hidup baterinya selepas tukar. Usaha tak mengkhianati hasil, tahniah berjaya.
Nampaknya tiada rezeki lagi tahun ni untuk berhaji, tiap-tiap tahun buat rayuan. Usaha lagi tahun hadapan. Kalau iPhone yang agak lama dan guna iOS yang terkini memang cepat juga turun bateri healthnya dari masa ke masa. Nasiblah harga bateri makin turun juga.
PadamUish... kalau uncle ni umpama 'tikus tengok besi' dah ni... Mesti tak jadi apa2... hahaha
BalasPadamHaha peribahasa baru ni. Kita pun agak-agak dan cuba-cuba sahaja. Kalau berjaya tu seronok.
Padamsemoga ada rezeki nya walaupun last minute..aamin
BalasPadamadoi, kalau yang mudah2, boleh la buat sendiri..tengk gaya kalau mcm ni, memang angkat tgn dulu
Nampaknya masih belum ada rezeki. Kita cuba lagi buat rayuan tahun hadapan. Sendiri punya berani sikit.
Padam🤣🤣🤣 terbaca komen uncle gedek, langsung tergelak saya 😂😂. Saya pun lihat saja nampaknya. Memang tak paham kalo bab bongkar pasang. Bongkar bisa, pasang balik ini yg wassalam jadinya 🤣🤣🤣.
BalasPadamMemang bagus kalo ada skill macam Abang, bisa bongkar sendiri, hemat uang repair.
Kalau tak biasa elok dihantar kedai sahaja. Saya pun ada juga yang hantar kedai lain kerana kurang berani atau kurang cukup ilmunya.
PadamMemang masalah iphone itu di batrai saja, makanya yg paket iphone umumnya bawa power bank cadangan atau setelan bawaanya. gk kepikiran buat bongkar batrai sendiri😅 . Takut mala praktik gagal 🤣
BalasPadamPowerbank juga perlu bila dalam perjalanan yang tiada tempat mengecas. Pelan2 ikut video di YouTube insyaAllah bisa.
Padamseram sy kalau skru halus2 ni hehehe bukan apa bimbang hilang je..
BalasPadamkalau buat kat kedai ni berapa ya dia punya cas?
Skru kena bubuh dalam bekas kalau tak mesti akan hilang. Saya biasa repair laptop, bila buka skru saya akan susun ikut layout tempat skru dibuka. Senang dan cepat nak pasang balik. Kalau di kedai harganya bergantung model iPhone, makin lama makin murah tapi minimum pun dalam RM200. Kurang dari tu kita boleh sangsi dengan kualitinya.
PadamRM200 tu ttp mahal juga... tp model yg lama2 tu ada ke sesetengah kedai x nak terima?
PadamBiasanya kedai ada terima sahaja selagi boleh dapat parts.
PadamWah.. Mantap.. Bila berkeyakinan, pasti menjadi..
BalasPadam