Parker Jotter dengan Gel Ink. |
Assalamualaikum dan selamat pagi. Nak buat catatan sedikit tentang pen yang agak iconic iaitu Parker Jotter. Kenapa dia iconic kerana Parker release model bermula tahun 1954 lagi, Malaysia pun belum merdeka. Pen ni jenis tekan-tekan (retractable) dan klipnya berbentuk arrow. Parker mengekalkan design asal hingga ke hari ini, cuma yang berubah-ubah warna barrel dan jenisnya ada yang plastik dan ada yang stainless steel. Pen ni ringan dan sesuai untuk dibawa bersama ke mana-mana.
Pen ni dah lama tersimpan dalam bekas alat tulis kerana ink dah habis. Masalahnya pen ni dia datang dengan ballpoint ink di mana aku tak minat untuk menulis dengan ballpoint sejak pakai fountain pen. Bila dicari infonya rupanya ada juga refill jenis gel yang dikeluarkan oleh Parker. Masalahnya harga pula sampai RM20 lebih untuk satu gel ink original Parker. Aku cari alternatif lain dan jumpalah refill jenis gel tanpa brand dari China. Harga pun murah dapat pula sampai 10 refills. Disebabkan nak menghidupkan semula pen ni aku pun belilah refill ni.
Semalam refill ini pun sampai dan pagi ni aku cubalah untuk pasangkan dalam pen. Sekali tersekat pula, aiseh mulanya dah nak menyesal tapi aku gigihkan cari jalan supaya boleh masuk. Aku trim sedikit hujung refill tu dengan pisau supaya lebih nipis. Cuma kena hati-hati supaya tak sampai bocor pula ink tu dah masalah lain pula jadinya nanti. Akhirnya berjaya juga pasang dan sedap sahaja menekan-nekan pen ni. Bolehlah ganti fountain pen Lamy Safari yang biasa aku selitkan di baju di hari bekerja.
Mungkin ada yang memiliki pen ni dan hanya tersimpan sahaja kerana biasanya top juga pen ni dijadikan hadiah, nak-nak kalau cikgu mesti selalu dapat hadiah pen Parker ni. Kalau-kalau ada simpan pen Parker Jotter ni tanpa digunakan bolehlah cuba beli refill jenis gel. Dan kalau nak sedekahkan kat saya pun saya berbesar hati juga kerana ada banyak refill lebih.
penah dapat hadiah pen ni sbb dpt result bgs ms PMR dulu... puas juga sy pakai tp lps tu entah ke mana laa lesapnya... sy rs kena curi pun ya...dok asrama kan... hehehe
BalasPadamSusah nak jaga pen ni bila zaman sekolah. Nampak pelik sikit mesti ada orang aim, lagi-lagi kalau sekolah asrama.
PadamAbang memang adaaa saja idea nya kalau soal fixing sesuatu 😄👍👍👍👍. Jadi tak mubazir ya bang
BalasPadamDulu pernah dapat pen Parker dari HSBC, saya lupa pula dalam event apa. Dikasih gravity nama saya. Tapi tuhlaah, saya nih ceroboh sangat. Hilang tiba2 ntah kemana 🥴
Iya saya lupa sesuatu tentang pen ini iaitu engraving nama, memang antara sebab lain popular pen ini kerana bahagian atasnya besi jadi sesuai untuk engraving nama terutamanya sebagai hadiah. Banyak kalau hendak dicatatkan kalau bab fixing.
PadamPen mahal ni. Untung juga lepas adjust² boleh digunakan dengan baik. Bagus share idea untuk mereka guna semula pen yang dah habis ink tu.
BalasPadamKalau uncle dah tau tau nak buat apa....
BalasPadamparker ni brand yg famous - sejak zmn saya di bangku sekolah lagi!
BalasPadam