Rabu, Oktober 01, 2025

Bersembang Dengan Si Penjual Dangai

Kuih dangai. Gambar ihsan ikanmas.in.
Assalamualaikum dan selamat malam. Saja nak buat catatan sedikit tentang perbualan dengan seorang penjual dangai. Lepas Zohor tadi aku ke cafe untuk minum. Hujan boleh tahan lebat sebelum tu dan lepas Zohor itu pun masih renyai-renyai. Tiba-tiba rasa nak pekena teh tarik pula sejuk-sejuk ni. Aku pun belum pernah membeli di cafe ni, biasanya aku ke cafe satu lagi yang berdekatan surau.

Lepas dapat secawan teh tarik dari kaunter pesanan dan membuat bayaran, mata melilau mencari tempat. Disebabkan hujan ramai juga orang dan semua meja ada orang. Maka terpaksalah tumpang kongsi meja yang dah ada orang. Ada seorang lelaki Melayu bertopi sedang minum lalu aku pun tanya sama ada boleh duduk di meja dia tak? Dia pun ok sahaja.

Aku mulakan perbualan kerana kadang senyap tu lebih tak patut pada aku dari bercakap dengan orang yang tak dikenali. Disebabkan dia berbaju t-shirt dan jeans jadi aku jangka dia mungkin melawat pesakit kut. Dia kata isterinya di wad, baru lepas bersalin hari Ahad baru ni dan masa mandi, isteri dia pengsan. Itu yang kena tahan sampai hari ni (Rabu).  

Banyak juga yang kami sembangkan dan dia bekerja sebagai penjual dangai di Sungai Bakap, empat hari berniaga dan tiga hari lagi dia akan cari kelapa. Dangai ni bahan utamanya adalah kelapa, ia adalah kuih tradisional yang sedap juga. Terus rasa nak cari dangai ni bila-bila. Tak pasti di tempat lain ada atau tidak kuih ni kerana seingat aku setelah pindah ke Penang baru ada jumpa orang menjual kuih ni.  

Kemudian kami juga sembang pasal cara orang Melayu berniaga. Agak kagum juga aku kerana walaupun dia penjual dangai dia ada semangat yang kuat dan ilmu dia pun boleh tahan juga dalam berniaga. Mungkin datang dari keluarga yang berniaga juga tu. Tidak mustahil income dia berkali ganda dari orang yang makan gaji bulanan. 

Kami juga sembang pasal prosidur hospital, dia macam kurang puas hati bila isterinya kena tahan sampai hari ini, dia juga kata maklumat yang dia dapati tidak tetap. Mula katanya semalam dan boleh keluar, kemudian pagi tadi ada doktor kata kena tunggu sampai esok pula. Dia agak berkeras untuk bawa balik hari ini setelah result darah diperolehi. Katanya kena sign surat tanggung risiko sendiri. Aku cakaplah sekarang ni masalah juga di hospital sebab banyak kes saman-menyaman atas kecuaian. Mungkin sebab itulah doktor lebih berhati-hati. Dia pun setuju dan aku menambah kita orang yang percaya takdir ni tak perlulah nak berlebihan saman-menyaman. Walaupun kita nampak macam ada kekurangan di mana-mana mungkin ada hikmahnya yang kita sendiri tak terjangkau oleh pemikiran kita tentang aturan Allah. Aku pun ceritalah sedikit perihal cerita isteri aku setelah bersalin di Hospital Pulau Pinang (blog terbengkalai).  

Setelah itu aku pun minta diri untuk masuk ke pejabat. Semoga urusan pemuda penjual dangai ini dan keluarganya dipermudahkan. 

16 ulasan:

  1. tak sure plak sama ada saya pernah mkn ker tak kuih dangai ni..may be pernah mkn/beli cuma tak tahu nama heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasalah tu, yang penting makan dahulu. Tahu nama kemudian pun tak apa.

      Padam
  2. Moga dipermudahkan urusan bro suami istri.. aminn

    BalasPadam
  3. Takdir itu rahsia Allah. Namun selagi manusia mampu berikhtiar mengelak sesuatu yang buruk, maka wajiblah berusaha sebaiknya. Semoga semua urusan dipermudahkan, aamiin 🤲

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia betul, semuanya telah ditetapkan tetapi tetap kita perlu usahakan yang terbaik.

      Padam
  4. x silap penah mknmkuih ni sekali je...

    bagi sy biarlah isteri dia ddk di hospital. at least ada org boleh pantau. blk rumah kalau apa2 jd kan susah jg nk hnhtr ke hosp semula... once dah betul2 ok nnt mesti doktor release punya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sepatutnya macam tu lah yang terbaik, cuma mungkin dia ada pertimbangannya sendiri.

      Padam
  5. Sedap kuih dangai ni. Yang ni versi bakar. Kalau versi kukus ada gula melaka di tengah nya, dikukus dalam acuan kuih lompang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang kukus tu macam belum pernah jumpa lagi tu.

      Padam
  6. Kalau dari bentuk, mirip dengan kue rangi kalo di sini bang. tak tahulah sama tau beda. Rangi pun dr kelapa juga.

    Apapun, semoga semakin sehat istri si penjual kue itu ... Betuuul , kalo memang dah takdirnya, tak payahlah kita menuntut atau sue . Tapi lihat juga itu Krn kelalaian dari kita sendiri, atau dari hospital. Saya sendiri kalo dokter belum bilang boleh keluar, memang tak nak kluar. ikut cakap dokter lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat dicari infonya dan ia mirip kue rangi. Sebaiknya ikut sahaja saranan dr.

      Padam
  7. Mana ada blog terbengkalai… 🤨🤨

    BalasPadam
  8. Favourite kita ni kuih dangai. Kalau nak keluar dari wad sendiri memang kena sign AOR (at own risk). Wife baru lepas bersalin better stay dulu dekat hospital sampai betul-betul sihat. Risau juga kalau apa-apa jadi.

    BalasPadam
  9. Foto kuenya bikin perut jadi lapar.

    BalasPadam