Selasa, Disember 30, 2025

Penutup Derma Darah Tahun 2025

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi ni aku telah merajinkan diri untuk derma darah, supaya dapat cukupkan 3 kali derma darah setiap tahun. Walaupun kita boleh derma setiap 3 bulan, biasanya untuk dapat 4 kali setahun tu susah juga kerana kadang kurang sihat, kadang baru balik dari luar negara dan kadang tu semangat tak sampai. Alhamdulillah tahun ni cukup tiga, bila aku semak balik buku derma darah, kebanyakan tahun dapat tiga kali tapi ada juga yang 2 kali sahaja. Nanti 2026 kita cuba lagi 3 kali. 

Kali ni derma darah dapat goodies berupa mug bertulis "I'm a blood donor", cantik juga mugnya. Dan macam biasa dapat air mineral 2 botol, air kotak milo 2, air kotak laici 2, biskut 4 pak kecil dan 2 pak milo 3 in one. Banyak juga tu, bolehlah jadi stok di pejabat. 

 

Shot biasa bila derma darah.

Istimewa kali ini dapat cawan berwarna hitam.

Sekian, dahulu catatan ringkas untuk kali ini.  

16 ulasan:

  1. Kalau setiap kali derma dapat mug, banyak dah mug terkumpul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya tak dapat, kali ni sahaja ada special sedikit.

      Padam
  2. Waaah bisa terpenuhi targetnya ya bang. 👍👍. Semoga tahun 2026 juga bisa rutin mendonor ☺️

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, dah masuk dalam Reminder untuk next planned donation session.

      Padam
  3. Terima kasih tuan derma darah insha'Allah suatu hari nanti saya pun akan turut serta dlm program tersebut

    BalasPadam
  4. bagusnya. saya tak pernah derma darah lagi. takutt

    BalasPadam
  5. Tahniahnyer
    Sumbangan yang tak ternilaikan

    BalasPadam