Rabu, Februari 11, 2026

Lain Sebelah Pula Saiz Selipar Baru

Assalamualaikum dan selamat malam. Adoi nak tergelak pun ada. Macam manalah mereka ni buat kerja. Lanjutan dari catatan sebelum ini tentang selipar putus semasa balik berjalan kaki dari surau, aku pun mulalah gatal tangan nak cari sandal baharu sebagai pengganti. Macam dah tawar hati sedikit dengan jenama Skechers kes selipar putus tu. Aku pun carilah tawaran yang ada. Sekali rupanya Adidas sedang buat tawaran juga awal Februari ini, mungkin untuk Tahun Baru Cina. 

Aku cari saiz mana yang sesuai sahaja, warna kadang aku tak kisah mana pun sebab selipar pelasahan cuma aku nak buat jalan dekat-dekat jadi yang lebih penting ialah selesa dan tahan. Petang semalam sampailah parcel ni dalam beg plastik yang besar sekali. Tak kemas langsung mereka ni buat kerja. Lepas buka plastik semua aku pun cubalah sarung sekali rasa pelik kenapa satu rasa ketat sikit. Laa... saiz tak sama besar rupanya. Menyusahkan betul lah mereka ni. Dahlah nak kena return balik untuk refund.

Rasa tawar hati pula nak membeli semula sandal Adidas ini. Rasa nak cari yang ada tali belakang pula. 

   

Banyakkan bezanya.

Kalau pakai ni mesti orang kata tertukar dengan orang.

Menyusahkan pelanggan sahaja.

Sekian dahulu. Maaflah berturut-turun catatan pasal selipar/ sandal.  

12 ulasan:

  1. Balasan
    1. Nak tergelak pun ada, kesalahan bodoh namanya ni.

      Padam
  2. aduyaii obvious sangat tu perbezaan saiz. last2 susahkan kita nak kena pergi return balik... igtkan beli selipar yg ada brand ni elokla sikit servisnya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau di TT nak return balik akan ada orang ambil di rumah. Cuma kadang time agak tak kena dan bukan semua jenis rumah sesuai. Kalau Shopee ada pusat returnnya, rasa lebih mudah ikut masa kita.

      Padam
  3. I prefer shoes and slippers to cover the whole foot. I find them more comfortable, safer and they don't fall off your feet.
    Warm greetings from Montreal, Canada ❤️ 😊 🇨🇦

    BalasPadam
  4. beza sgt tu sizenya..bila nk kena return and dpt refund tu leceh gk

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. Pelasahan maksudnya sesuatu yang dipakai hari-hari. Bukan yang dipakai untuk acara tertentu. Tidak spesial.

      Padam
  6. Lah... uncle tak tau nak simpati atau nak ketawa... heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun tak boleh nak kata apa, lawak pun ada.

      Padam
  7. Oh yg putus itu Skechers yaa. Aneh juga, biasanya sendal mereka kuat, saya ada 1, dah 10 tahun blm rusak, tp memang macam sendal gunung , bukan yg slip-on.

    Haiiiish staff nya tak teliti memang. Seingat saya brand macam adidas, Nike, dan sejenisnya, mereka selalu cek dulu size dah benar keduanya. Tak pernah langsung main bungkus saja 😅😅. Tak jalankan SOP lah ni 🤭

    BalasPadam
  8. Laaa lain saiz ke. Leceh kan nak return.

    BalasPadam