Khamis, Februari 05, 2026

Selipar Putus

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Semalam semasa balik dari surau sekali selipar buat hal pula. Tengah syok-syok berjalan balik dari surau sekali selipar putus. Dahlah terpaksa berkaki ayam melewati jalan berbatu-batu. Sakit juga tapak kaki dibuatnya. Nasiblah dan gelap jadi mungkin orang tak perasan sangat.

Sebenarnya aku ada dua sandal ni, biasa kalau untuk jalan jauh sikit aku akan pakai satu lagi yang agak baru, ntah macam mana masa sarung tu terlupa pula yang sandal ni dah agak kurang meyakinkan dari segi ketahanannya. Dah bolehlah usha-usha sandal baru lepas ni, merangkap untuk raya sekali kut haha. 
 

12 ulasan:

  1. sandal gini kalau tercabut mmg tiada maaflah..kalau jenis yang ada 2 strap tu ok lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tak perasan sarung selipar yang salah.

      Padam
  2. Memang tak ada ampunlah ni, kena berkaki ayam kalau selipar macam ni putus di tengah jalan.

    BalasPadam
  3. ni selalu sandal anak2 jadi macam nie.. nasib baik dalam perjalanan pulang...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, nasib baiklah tak jauh sangat. Pernah tapak kasut tercabut sampai kena pinjam selipar surau dulu.

      Padam
  4. Aiiiih tak terbayang telapak kaki harus jalan di batu2 😅😅. Kalau saya mungkin, ttp pakai, tapi diseret bang. Memang tak sanggub kalau telapak kena ke batu 🤣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah tak boleh diseret lagi haha. Jengkit-jengkit berjalan sampailah ke rumah. Lepas ni kena hati-hari kalau nak berjalan jauh, pastikan seliparnya bagus.

      Padam
  5. tragis betul ni... bahaya juga bila jalan malam2 berkaki ayam, takut terpijak objek tajam

    BalasPadam