Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi tu aku berdua dengan Eryna memulakan perjalanan ke Cyberjaya. Sebelum itu kami singgah bersarapan di Bask Bear. Mulanya nak sarapan di kedai mamak tetapi sebab nak tapau kopi punya pasal jadi tukar plan untuk bersarapan di Bask Bear. Kami ambil sandwich yang sama iaitu dengan potongan ayam. Kopi Americano yang aku order, aku bawa tapau dalam kereta untuk bekalan sepanjang perjalanan.
Sampai di Cyberjaya aku ambil wife dan ajak makan tengah hari. Aku memang dah plan untuk makan nasi, dan aku terus cari Zam Ikan Bakar. Sebenarnya sebab perpengaruh dengan catatan seorang rakan blogger juga. Kami mengambil ikan pari bakar kosong dan sotong bakar berempah. Sedap ikan pari bakar dan sotong bakarnya. Kenyang sampai ke malam. Rupanya salain ikan bakar mereka juga ada goreng-gorang tepung dan juga pelbagai sup. Mungkin lain kali boleh cuba.
Hari ini kami akan ke Bangkok untuk 5 hari 4 malam. Tercari-cari juga catatan perjalan geng blogger di Bangkok tapi tak terjumpa pula. Tak mengapa, redah pun ok sahaja. Minta anak plankan pun ok.
| Sarapan di Bask Bear. |
| Zam Ikan Bakar Cyberjaya. |
| Pekerja sedang menyediakan menu bakar-bakar. |
| Cukup untuk kami bertiga. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan