Khamis, Ogos 18, 2005

Mesej Di Sebalik Gelang Getah


Ya... ada apa pada gelang getah (dipanggil bracelet atau wristband. Istilah lebih tepat "awareness bracelet")? Trend terbaru yang boleh dilihat diperagakan oleh muda-mudi sekarang. Ada dua perkara yang penting pada gelang getah ini iaitu warna dan mesej yang ditulis. Pelbagai warna dan mesej boleh didapati pada gelang-gelang tersebut. Gelang getah adalah lebih kepada menyatakan sesuatu daripada sebagai suatu aksesori. Gelang tersebut digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej dimana pemakainya menyokong seperti mesej kebajikan.

Gelang getah datang dalam pelbagai warna dan rupa dengan pelbagai mesej. Namun yang lebih popular dan merupakan kepada perintis kepada kepelbagaian jenis getah gelang sekarang adalah seperti yang berikut...



Warna Kuning (Livestrong)
Pelumba basikal Lance Armstrong telah memakai dua gelang kuning ini semasa memenangi Tour De France tahun 2004.Beliau telah diagnosiskan dan didapati menghidapi kanser testis yang telah merebak ke paru-paru dan otaknya semasa berusia 25 tahun. Selepas menjalani rawatan kemoterapi, beliau telah memenangi Tour De France 6 tahun berturut-turut sejak tahun 1999.

Hasil jualan gelang getah Livestrong disumbangkan ke Lance Armstrong Foundation yang membantu muda-mudi yang menghidap kanser dan keluarga mereka untuk menempuhi penyakit tersebut.


Warna Biru (Beat Bullying)
Rio Ferdinand memakai warna biru. Dilancarkan oleh BBC Radio One sejajar dengan kempen One Life mereka untuk menghindarkan masalah buli. Tertera dengan perkataan 'Beat Bullying' dan dipakai oleh ramai celebriti dan bintang sukan termasuk Frank Lampard dan Rio sendiri, dan kumpulan muzik Rooster.

Gelang ini diberi percuma dan sangat popular hinggakan Radio tidak dapat menghantar kepada setiap mereka yang menginginkannya.


Hitam dan Putih. (Stand Up Speak Up)
Gelang getah berkembar anti-racism (anti-perkauman). Kedua-duanya yang dipakai serentak, adalah sebahagian dari kempen anti-perkauman dalam bolasepak.

Keduanya dicetak dengan slogan 'Stand Up Speak Up' dan dipakai oleh pemain bolasepak pasukan Arsenal, Thierry Henry yang melancarkan kempen tersebut. Gelang tersebut boleh didapati di United Kingdom dengan harga 1.50 Pounds dan hasilnya disumbangkan ke projek membanteras perkauman dalam bolasepak di UK dan Eropah.


Warna Putih (Make Poverty History)
Ianya datang dalam pelbagai jenis getah dan rekaan fabrik dan ianya bertujuan untuk menamatkan kemiskinan di dunia ini. Gelang ini boleh didapati dari banyak badan kebajikan tetapi mereka mencadangkan supaya pemakai membuatnya sendiri, sebagai tanda kepada kerajaan yang kaya untuk melangsaikan hutang kepada negara yang berhutang kepada mereka, daripada mengumpul kekayaan.


Warna Merah Jambu. (Support, Knowledge, Strength)
Dibuat oleh badan kebajikan Breast Cancer Care. Mereka menyediakan perkhidmatan maklumat, penjagaan dan nasihat kepada mereka yang menghidap kanser payudara di UK. Mereka membantu lebih sejuta orang setahun.

Mempunyai perkataan 'support, knowledge, strength' tertera diatasnya, melambangkan tujuan badan tersebut. Harganya 1 Pound dan hasilnya disumbangkan untuk membantu pesakit barah payudara.


Warna Merah (Feel the pulse)
Ianya dibuat sempena kempen melawan penyakit jantung oleh badan kebajikan British Heart Foundation (BHF). Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di UK. Hasil jualan digunakan untuk membantu pesakit jantung.


Warna Biru dan Hijau (say no to sectarianism)
Motif gelang ini ialah untuk menyatukan manusia yang berlainan agama. Ianya dijalankan dengan tema bolasepak. Warna tersebut adalah warna kepada pasukan bolasepak Celtic dan Rangers, dimana para penyokong mereka terbahagi kepada pengikut Katolik (Celtic) dan Protestant (Rangers).

Mesej yang tertera diatas gelang - say no to sectarianism. Sectarianism adalah perlagaan antara manusia yang berlainan agama. Gelang ini telah diberikan kepada 200 sekolah di Scotland Barat. Kedua-dua kelab menyumbangkan 140,000 Pounds untuk skim ini.


Warna Ungu
Gelang ungu ini ialah untuk menjelaskan dan mengumpul dana untuk mencari penyembuh kepada Cystic Fibrosis. Cystic Fibrosis adalah penyakit yang membawa maut dan telah dihidapi oleh 7500 orang di UK sahaja. Banyak yang mati kerana penyakit tersebut dan ada yang memerlukan pemindahan peparu. Harganya 1 Pound dan hasilnya disumbangkan kepada Cystic Fibrosis Trust yang menjalankan kajian untuk mencari penawar penyakit ini.


Warna Merah Jambu Gelap
Atau warna magenta ini adalah dari Diabetes UK yang membantu orang ramai yang menghidapi penyakit kencing manis. Badan ini menjalankan aktiviti khidmat nasihat dan penjagaan, talian telefon dan mengadakan aktiviti hujung minggu untuk para pesakit. Semua gelang ini telah habis dijual.

Lain-lain
Berikut merupakan warna gelang dan mesej-mesej lain yang boleh didapati...

Hitam - Livewrong (anti-charity), Star Wars Sith Lord, Geek (ThinkGeek)
Biru - Bullying (Beat Bullying), Conservatives (UK), Democrats, Drunk driving, Life is a Team Sport (Hendrick Marrow Program)
Biru Gelap - Anti-smoking, Child abuse, Colon cancer, Peace campaigns
Biru Muda - Autism, Prostate cancer
Biru/Putih - Tsunami relief
Emas - Kanser kanak-kanak
Hijau - Army, Kempen Ekologi, Fight The Ban (Pro-Hunting), penyakit bauh pinggang, penghalalan ganja, Sumbangan Organ, Kanser Ovari, Tsunami relief
Lavender - Epilepsy
Orange - Leukaemia, Self harm, (Zahid?)
Pink - Kanser Payudara, Kanser kanak-kanak dan remaja
Ungu - CARE/Borders (global poverty/literacy), Domestic violence, National Kidney Federation
Pelangi - Kempen Keamanan, Perkahwinan Homoseksual, Gay Pride
Merah - British Heart Foundation (Feel The Pulse), Child abuse, Christian, Labour/socialists, Pat Tillman Foundation, Republicans, American Red Cross & Canadian Blood Services (Blood donation)
Putih - Make Poverty History (anti kemiskinan), Star Wars Jedi Knight
Kuning - Livestrong, Liberal Democrats, Kanser Testicular, Cambridge United


Di Malaysia...
Banyak lagi warna dan jenis gelang getah yang membawa mesej masing-masing yang boleh didapati. Di Malaysia, rangkaian restoren makanan segera McDonald's juga mempunyai koleksi gelang getah yang terdiri daripada 24 jenis warna dan 14 mesej yang berinspirasi. Ianya dijual dengan harga RM2.90 dan setiap 10sen dari hasilnya disumbangkan kepada kempen 'Give a Gift of Smile' yang membantu kanak-kanak yang dilahirkan dengan mulut sumbing. Ianya boleh didapati dari 30 Jun sehingga 27 Julai 2005.

2 ulasan:

  1. tp,,btol kew..?gelang getah tu bley ubat pnyakit??mngkin pe yg jd kt sstengh org yg knonnya brjya ubat pnyakit mreka dgn mnggunakn gelang getah nie,,ia skadar suatu kbetuln???sbb zmn skarang gelang getah nie sbg 1 TREND..rmaja kita...malah,,de yg mngatakn gelang getah nie adela slh 1 cara utk ROSAKKAN AQIDAH UMAT ISLAM..jd,,yg mnjd prsoalan adela pe TUJUAN SEBENAR GELANG GETAH NIE di CIPTA??dan sapekah sbnrnya PEREKA GELANG GETAH nie..saye ingin mmohon maaf jike ada kata2 saye di ats yg tlah mnyinggung prasaan..pstinye ini bkanlah ruang utk saye mluahkn prasaan atau ruang utk saye beremosi..saye hnye ingin tahu prkare yg sbnr2nye.. dan brkongsi dgn saudara2 Islam yg laen..supaya aqidah kita tidak mudah goyah dan trpesong..sekian..wassalam..:)

    BalasPadam