Khamis, Disember 21, 2006

Rebut anak kerbau: ujian DNA tentukan pemilik

PASIR PUTEH 20 Dis. – Seekor anak kerbau yang menjadi rebutan terpaksa menjalani ujian profil asid deoksiribonukleik (DNA) berikutan tindakan dua petani daripada dua kampung bersebelahan, di sini membuat laporan polis, masing-masing mendakwa anak kerbau berkenaan milik mereka.

Perebutan anak kerbau jantan berumur kira-kira enam bulan itu memaksa Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) Kelantan melakukan ujian DNA untuk mengetahui induk sebenar haiwan itu, sama ada kerbau betina yang dibela oleh Zulkifli Setapa, 37, dari kampung Sepulau atau kerbau betina milik Isa Muhamad, 44, dari Kampung Lembah di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh ASP Mohd. Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan daripada kedua-dua petani berkenaan.
"Kedua-dua petani itu mendakwa anak kerbau itu milik mereka dan masing-masing membuat laporan polis. Kita serah kepada JPH untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Bernama.

Perebutan itu dikatakan tercetus bulan lepas apabila Isa yang mencari anak kerbau yang dilepaskannya sejak beberapa lama ternampak Zulkifli sedang memberi makan kepada haiwan berkenaan.

Related post: , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan