Wednesday, March 20, 2024

Membeli Cincin Di Madinah

Assalamualaikum dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Jikalau pun tidak berpuasa kerana uzur, sakit, atau bermusafir ia tidaklah menghalang kita untuk terus bersemangat beribadah dalam bulan Ramadan yang mulia ini. Antara perkara yang boleh kita tingkatkan dalam bulan Ramadan ialah meninggalkan perkataan2 yang buruk. Baru2 ni ada sembang dengan anak. Seronok melayan anak perempuan ni. Bila balik sekolah banyak betul ceritanya cuma kena pandai cungkil. Antara rules yang dia buat dengan kawan baik dia di sekolah ialah meninggalkan perkataan buruk. Jika kawan dia sebut perkataan yang buruk maka dia akan pukul kawan dia dan jika dia yang bercakap perkara buruk maka kawan dia akan pukul dia atau dia akan minta dipukul. Kadang2 bijak juga budak2 ni. Dia tahu dan ramai orang pun tahu cuma hanya kita yang tidak berhati2 dalam percakapan kita. Teringat hadis dua lubang, iaitu dua lubang yang paling banyak menyebabkan orang2 dimasukkan dalam neraka ialah lubang mulut dan kemaluan. Semoga Allah menjaga kita semua supaya dapat terus melakukan kebaikan di bulan mulia ini.

Berbalik kepada tajuk catatan kali ini, ia adalah berkenaan satu kegemaran orang laki2 iaitu cincin. Seperti sudah menjadi tradisi pula membeli cincin di Mekah atau Madinah, sudah beberapa kali sampai dan setiap kalinya mesti ada beli cincin perak. Dalam sehari dua sebelum pembelian cincin ini dibuat sebenarnya dah mula tengok2 cincin di kedai2 tetapi masyaAllah harganya dah semakin mahal berbanding sebelum ini. Mulalah macam tak berani nak beli sebab duit yang ada pun tak cukup nak beli dan ada baki 2 hari lagi sebelum balik ke Malaysia. Risau juga takut perlu duit untuk apa2 selain makan setiap hari.

Entah macam mana puan isteri tiba2 mengofferkan diri untuk belanja cincin lalu bersemangatlah semula dan entah macam mana boleh lalu ke satu kedai jual cincin. Kadang2 orang yang jual cincin ni dia macam ada satu ilmu yang hebat bila first cincin yang dia tunjukkan ngam saiznya. Dan aku suka cincin itu setelah dibelek2. Aku kira bilangan pengikat batunya ada 17 jadi ngam dengan bilangan rakaat solat fardhu yang kita kena laksanakan seharian. Deal punya deal akhirnya jadi. Sebenarnya masa aku tengah nak decide tu ada seorang Arab yang nak beli cincin juga. Kadang orang ni tak ada rasa hormat orang lain yang tengah deal maka orang kedai ni terpaksa melayan dia, dahlah cara Arab ni deal punyalah kasar. Aku masih terngingang2 lagi cara orang itu. Last2 tak jadi pun orang tu nak beli dan pekedai itu kembali melayan aku semula. Mungkin kerana kecewa dengan deal sebelum itu dan aku pula jenis bukan nego gila2 sampai nak tinggi2 suara. Mungkin sebab tu dia bagi harga yang pada aku oklah. Sembang2 sikit pasal Yaman dia sukalah sebab dia asal Yaman. Teruslah sarung cincin itu dan bayaran pun dibuat. Terima kasih puan isteri sebab belanja cincin. Dari hari itu sampai ke hari ni masih pakai lagi cincin ni dan mungkin lepas rayalah kut rotate cincin lain pula. Habis cerita cincin.

Satu perkara lagi yang aku nak selit dalam catatan ini ialah pihak syarikat MKM yang membawa jemaah umrah ini berbesar hati untuk belanja nasi arab dengan ikan goreng. Dulu2 tak pernah dengar pula orang makan ikan nasi arab dengan ikan goreng, kita pun setuju sahajalah untuk ikut serta. Di antara sebabnya ialah kerana hotel asal yang dinyatakan dalam brosur tidak dapat dan ditukar kepada hotel lain. Ada jemaah yang merungut dan rasanya mutawif pun faham tentang kekurangan hotel gantian itu. Apa pun di tanah haram ini kita banyakkan bersabar. Dapatlah malam itu kami makan nasi arab dengan ikan goreng, sedap rasa ikan goreng itu. Rempah yang digunakan berbeza dengan cari kita biasa goreng ikan. Ikan jenahak kalau tak silap dan saiznya besar sekali. Selain dari ikan tu ada juga kambing dan ayam. Mewah jugalah makan malam itu. Satu talam di kongsi dalam 4-5 orang. Aku yang suka nasi arab ni memang berselera sungguh makan.   

  

Cincin silver dengan batu aqik Yaman.

Penjual yang peramah sekali.

Tengoklah gayanya dalam nak pujuk orang tu.

Deal.

Dah dapat cincin kita pergi minum jus stawberry dan kopi.

Suasana bila payung ditutup.

Sekali lagi dapat masuk ke kawasan masjid asal.

Besar betul ikan gorangnya, sedap rasa rempah dah kerangupannya.

Setakat ini dahulu perkongsian kali ni. Hingga bertemu lagi dalam catatan selanjutnya insyaAllah.

33 comments:

  1. Cantik betul cincin tu...tapi SA x suka lelaki pakai cincin..hahaha...boleh?

    ReplyDelete
  2. baru nampak post dekat blog Amie, nasi arab dengan ikan goreng...

    ReplyDelete
  3. Selamat berpuasa..saya follow ya

    ReplyDelete
  4. MasyaAllah. cerita yang berkesan. jadi harga cincin itu berapa bang?

    bahasa kita berbeda, tapi kosakata bahasa kita sama persis, dan saya tetap saja baca-nya agak susah karena penggunaan kosakata yang berbeda, walau masih bisa dipahami hehe.

    salam kenal bang Faizal.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Cincinnya berharga 200+ Saudi Riyal. Ya bahasanya hampir sama. Saya banyak juga baca blog dari Indo, banyak juga dengar ceramah agama ustaz2 dari Indo.

      Delete
  5. setakat ini saya belum biasa lagi pakai cincin...tapi tengok orang ada cincin macam best juga...ada hiasan dekat jari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, nampak lebih maskulin dengan cincin. Bolehlah cuba dapatkan satu untuk Aidil Fitri ni.

      Delete
  6. ramadhan kareem!! wah cantik la cincin tu!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih follow ..teringat di Madinah suatu masa lalu ..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya tengok air strawberry tu

    ReplyDelete
  9. Wah.. Mengancam tu nasi arab dengan ikan goreng..

    ReplyDelete
  10. Masa pergi tunai Haji baru ni, kami dapat merasa nasi Arab dgn ikan goreng. Sedap Alhamdulillah. First time, ingatkan nasi Arab dgn daging atau ayam saja, unta pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah sayu pun ingat begitu sebab dulu2 begitu. Sekarang dah improvise untuk selera orang serata dunia. Tapi bab makan kat sana tengok orang Melayu yang paling teruja, ialah sekali sekala datang.

      Delete
  11. Aisssh menyesal pula saat di tanah suci saya tak beli cincin pria πŸ˜„. Teringat ya dulu itu kami beli cincin nikah, tapi ntah kenapa emas pula 2-2 nya. Dan setelah itu suami tak pakai , Krn tak bisa lelaki pakai emas kan.

    JD sampai skr hanya saya yg pakai cincin nikah.

    Krn itu kami dah niat nak beli cincin titanium atau yg bukan emas sebagai pengganti cincin nikah yg lama bang. Tak terpikir di arab ada banyak 🀣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung tahun nanti nak pergikan? Boleh cari di sana cincin silver. Kalau titanium tak pasti ada atau tidak. Biasanya orang Arab pakai silver, manakala Nusantara pakai suasa atau silver.

      Delete
  12. Hujung tahun nanti nak pergikan? Boleh cari di sana cincin silver. Kalau titanium tak pasti ada atau tidak. Biasanya orang Arab pakai silver, manakala Nusantara pakai suasa atau silver.

    ReplyDelete
  13. Syukurnya istrinya pengertian ,jadi deh pakai cincin baruπŸ˜€.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur sangat2. Jika tidak pasti teringat2 dan sesal.

      Delete
  14. Suami saya juga koleksi cincin dia pun banyak..tetapi yang dihadiahkan oleh si isteri tetap yang paling istimewa...tu jer la yang melekat dijari selama-lamanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah haa itu yang terbaik sebenarnya. Ada value yang tak dapat di jual beli di situ.

      Delete
  15. Kena mintak resepi dari diorang tu. Nak tahu rasa rempah ikan goreng tu. πŸ˜„

    ReplyDelete
  16. Dulu² ada juga pakai cincin batu.. Tapi sekarang tak lagi. Macam tak biasa sangat pakai cincin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai cincin ni mungkin orang yang berjiwa orang2 lama sahaja suka. Bergantung atas orang.

      Delete
  17. Seronok bersembang dengan anak ni. Boleh buat kita rapat dan dia rajin berkongsi. Bagus apa yang dia belajar tu dan dipratikkan. Cakap benda yang baik-baik.
    Orang dah offer, takkan kita nak tolak kan. Dapat juga cincin.
    Husband saya tak tergolong dalam lelaki yang suka pakai cincin macam ni. Sana pun harga dah mahal ye.

    ReplyDelete
  18. Seronok bersembang dengan anak ni. Boleh buat kita rapat dan dia rajin berkongsi. Bagus apa yang dia belajar tu dan dipratikkan. Cakap benda yang baik-baik.
    Orang dah offer, takkan kita nak tolak kan. Dapat juga cincin.
    Husband saya tak tergolong dalam lelaki yang suka pakai cincin macam ni. Sana pun harga dah mahal ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, kat sana pun dah mahal cuma tak tahu harga kat sini macam mana sebab tak biasa survey di sini. Rasanya ada juga yang harga beribu2.

      Delete
  19. amboiiii sampai peluk2 gitu
    kalau mcm tu boleh minta buy 1 free 1 cincin
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak dapat satu yang kena dengan harga kita pun susah tu.

      Delete