Isnin, April 01, 2024

Balik Ke Gombak

Assalamualaikum semua. Sedar tak sedar kita sudah memasuki fasa akhir Ramadan. Hari ini juga kita telah memasuki bulan April 2024. Laju sungguh masa berjalan. Bulan Mac mencatatkan catatan paling sedikit untuk blog ini iaitu hanya 3 catatan. Sedih betul sebab kalau boleh nak maintainlah sekurang2nya 2 catatan dalam seminggu. Apa pun tiada paksaan dalam blog ini. Kita cuba berkongsi mengikut rentak masing2. 

Dari Mu’awiyah bin Haidah Al Qusyairi radhiallahu’ahu, beliau bertanya kepada Nabi:
يا رسولَ اللهِ ! مَنْ أَبَرُّ ؟ قال : أُمَّكَ ، قُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ ؟ قال : أُمَّكَ ، قُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ : قال : أُمَّكَ ، قُلْتُ : مَنْ أَبَرُّ ؟ قال : أباك ، ثُمَّ الأَقْرَبَ فَالأَقْرَبَ
“Wahai Rasulullah, siapa yang paling berhak aku perlakukan dengan baik? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: Ibumu. Lalu siapa lagi? Nabi menjawab: ayahmu, lalu yang lebih dekat setelahnya dan setelahnya” (HR. Al Bukhari dalam Adabul Mufrad, sanadnya hasan).

Cuti Nuzul Al-Quran pada hari Khamis lepas aku dan keluarga pulang ke kampung di Gombak. Kampungnya tidaklah kampung sangat kerana letaknya di Kuala Lumpur. Kebiasaannya apabila tiba bukan Ramadan aku akan usaha untuk dapat balik kampung untuk berbuka bersama emak (ibu). Kali ini peluang itu agak lewat kerana sudah melewati separuh dari Ramadan. Di antara sebabnya aku memilih minggu ini ialah ia lebih panjang dan anak yang bersekolah tidak perlu ponteng. Kebetulan sekolahnya mengambil cuti peristiwa pada hari Jumaat. Dapatlah berlama2 sedikit bersama emak. 

Pada hari Khamis itu kami bertolak dengan menaiki kereta seawal jam 7.30 pagi. Aku memang dah pesan supaya siap awal supaya perjalanan awal pagi mengurangkan mengantuk sewaktu memandu. Sebelum pukul 11.00 tengah hari kami dah pun sampai ke Gombak. Puan isteri bergerak dari Cyberjaya dan kami bertemu di rumah emak. Dalam menunggu2 tu ramai pula saudara mara yang datang, dapatlah beramah mesra sejurus tiba. 

Bila balik dalam bulan Ramadan, semestinya waktu berbuka ialah saat yang ditunggu2. Setiap petang kami ke bazar Ramadan mencari juadah tambahan kepada apa yang emak masak. Dia mesti nak masak juga apa2 walaupun dah pesan supaya tak perlu masak apa2. Hari Sabtu pula kami berbuka nasi arab yang dibeli di Sultan Kebab. Sedap nasinya sampaikan ada yang bertambah sampai tiga kali.  

Di antara perkara lain yang aku suka bila balik kampung ialah berulang ke surau berdekatan rumah iaitu Madrasah Al-Hilaliah. Ia mengimbau kenangan dari waktu2 kecil di mana di situlah aku mula belajar mengaji dengan ustaz yang garang sekali. Pernah sekali ada seorang murid yang dimarahinya sampai patah cermin matanya. Begitulah cara guru dulu2 mengajar. Di surau ini jugalah abah (rahimahullah) berulang2 sepanjang hayatnya. Banyak juga kenalan2 di surau ini.

Selain itu dapat juga masing2 membeli kasut raya. Disebabkan malas nak ke bandar KL, kami bershopping di Wangsa Maju sahaja. Memang untung shopping di KL ni berbanding di Penang. Susah nak jumpa tawaran yang berbaloi. Aku sendiri dapatlah sepasang Dr Cardin slip on moccasin shoes. Ntah macam mana boleh teringin pula nak pakai kasut yang kadang orang panggil sampan. Mula kenal kenal kasut macam ni masa zaman sekolah dulu. Masa tu kalau pakai kasut ni kira hebat dan up to datelah dari segi nak bergaya tu.

Setakat ini dahulu catatan kali ini. Harap lepas raya nanti dapatlah memperbanyakkan catatan2 di blog ini. Semoga kita terus mempertingkatkan ibadah di akhir2 Ramadan ini. Enjoy gambar2 di bawah.


Madrasah Al-Hilaliah, banyak perubahan positif pada surau ini.

Mencari kasut raya di Wangsa Maju.

Banyak habis masa kat sini huhu.

Suasana yang panas dari awal Ramadan, apapun Penang punya panas lagi kuat.

Berjalan menuju ke Masjid Al-Syakirin untuk Solat Jumaat.

Jalan Gombak.

Ada tazkirah sebelum Solat Jumaat.

Berehat sebentar sebelum balik ke rumah.

Ada satu malam tu kami bermoreh di Restoran Nasi Kandar Royale Afra di Taman Melati.

Bila nak balik macam2 hasil tanaman dibawa balik, ada yang akan digunakan untuk masakan dan ada yang nak tanam dalam pasu. Yang ini mexican mint, cantiknya daun dia.

Sekian dahulu untuk kali ini.


17 ulasan:

  1. paling seronok dapat buka puasa kt kg kan..kami yg dekat ni patut tiap2 minggu balik buka puasa di kampung tapi hari minggu ada je hal tambah anak ptma kali duduk asrama dah jadi rutin baru sabtu ahad kena pergi melawat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asrama dekat bolehlah melawat tiap minggu. Boleh bekalkan sambal kering untuk berbuka atau sahur untuk anak di asrama. Pengalaman dari orang yang pernah bersekolah di asrama.

      Padam
  2. pokok mexican mint ni lady tanam juga.. semerbak sungguh baunye.. tapi ldy x pernah masukkan dalam masakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Katanya boleh buat bahan perapan daging atau dibuat ulam. Bila di Google memang banyak juga khasiatnya.

      Padam
  3. Seronok balik kampung buka puasa ramai2 kan. Sini pun panas litlit. Moga dipermudah kan semua. Betul di KL jualan banyak choice dan harga lebih murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KL syurga membeli belah. Orang luar negara pun suka shopping kat Malaysia terutamanya.

      Padam
  4. Senang rasanya bisa berkumpul dengan keluarga tercinta apalagi bisa buka bersama saat Ramadhan,...biasalah perempuan dan anak-anak kalau sudah belanja hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kasut anaknya lebih mahal dari kasut bapanya huhu.

      Padam
  5. ooo ur kampung kat gombak rupanya...i plak balik kelantan masa cuti nuzul quran tu...i stay kat gombak sbb keje kat uia gombak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gombak dekat mana tu. Kampung saya di Gombak Setia.

      Padam
  6. Kita ikut rentak sendiri je lah nak menulis ni. Kadang apa yang kita rancang tersasar sikit. Itu biasa. Alhamdulillah ada juga peluang untuk berbuka di kampung dengan keluarga. Mak mak macam tu lah, tetap juga nak masak kalau kita balik. Best shopping kalau banyak promo. Sangat berbaloi.
    Tulah tu, panas sini dah panas. Kat Utagha level up panas dia.

    Baru teringat, sekali pandang muka tuan blog macam muka keeper Hafizul Hakim tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempat saya Google Hafizul Hakim tu memang ada iras juga terutama waktu rambut pendek. Harap raya nanti tidaklah panas sangat. Jabatan Meteorologi kata mungkin hujan dibanyak tempat.

      Padam
  7. Oh malaysia dapat public holiday pas Nuzul Quran yaa? Bagusnyaaa, di sini tak ada 🤣. Kerja macam biasa. Untungnya Good Friday dapat cuti semua.

    Terkadang memang kota yg lebih besar, lebih banyak dapat kemudahan dan discount di setiap shopping centre. 😁

    Saya pun kalo belanja- belanja apapun, lebih suka belanja di KL drpd Penang. Dari segi harga lebih murah. Penang bagi saya lebih sesuai wisata kuliner 😄.

    Tak sabar, akhir Juni nak ke KL dan Penang lagi soalnya. Dah bikin list nak kemana saja nanti 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya di sini Nuzul Quran cuti, Good Friday rasanya Sarawak sahaja cuti. Shopping di KL selalu offer kalau kat Penang tipu2 offer sahaja. Rajin datang Malaysia ya.

      Padam
  8. bila bulan puasa dpt berbuka puasa dgn mak & family tersayang ramai2 mmg happy kan...saya pn aprent kt gombak..minggu ke2 ada blk juga berbuka puasa ramai2 dgn adik beradik ipar duai smua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sebolehnya cuba untuk dapat balik masa bulan puasa. Untung minggu lepas dapat cuti 4 hari.

      Padam
  9. tak singgah bazar ramadan terpanjang di KL tu ke? ;-)

    BalasPadam