Rabu, Mei 14, 2008

4,000 klip tersebar

4,000 klip tersebar:
"KUALA LUMPUR: Aksi pelajar sekolah bersama dua lelaki dalam ladang kelapa sawit antara lebih 4,000 klip video dan gambar pasangan Melayu dalam pelbagai aksi seks melampau yang kini boleh dilawati dalam beberapa laman web lucah.

Lambakan pelbagai aksi lucah itu bertambah jelek kerana turut membabitkan gadis bertudung dan pelajar sekolah serta menjadi kegilaan penggemar laman web lucah termasuk kanak-kanak hingga mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

Malah, kecanggihan teknologi terkini yang membolehkan aksi lucah itu dimuat turun ke dalam telefon bimbit memudahkan klip video itu tersebar luas.

Berikutan senario membimbangkan itu, Pemuda Umno Negeri Sembilan menubuhkan badan pemantau untuk mengesan kewujudan laman web yang semakin bertambah bertujuan mengumpul maklumat bagi mendesak pihak berkuasa bertindak segera sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Ketuanya, Datuk Jamlus Aziz berkata, menerusi badan pemantauan yang ditubuhkan, pihaknya mendapati terdapat laman web yang memaparkan sehingga 4,000 klip video dan gambar pelbagai aksi seks melampau rakyat Malaysia.

“Antara sebab perlakuan seks wanita dan pelajar bertudung dirakam ialah bagi tujuan diniagakan.

“Video lucah membabitkan gadis bertudung seperti yang dipaparkan dalam laman web itu boleh menjatuhkan kesucian Islam,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Katanya, akibat kerap menonton aksi seks di telefon bimbit dan Internet, pelajar termasuk yang bertudung mudah lemas dalam gelora nafsu dan tidak kisah dirakam.

Menurutnya, antara faktor remaja terutama pelajar terbabit dalam perbuatan jijik itu kerana kurang didikan agama.

Jamlus berkata, badan yang bertanggungjawab memantau Internet sepatutnya menyekat kewujudan laman web seperti itu.

“Jangan lupa, kes sumbang mahram, rogol dan kejatuhan moral sebenarnya berpunca daripada perbuatan seperti ini.

“Kami akan menghantar memorandum atau surat rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), badan yang bertanggungjawab dalam isu itu agar bertindak menggunakan kaedah sesuai,” katanya.

Beliau berkata, pengendali laman web durjana itu bukan hanya menjadikan paparan seks pelajar bertudung sebagai hobi, malah turut memperdagangkannya kerana kerap dilayari pelayar Internet dan telefon bimbit.

Carian Harian Metro di Internet mendapati lambakan wajah porno Melayu dalam laam web semakin bertambah.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan terdapat empat video asmara membabitkan pelajar sekolah iaitu ‘Skodeng_Berdarah’, Berani_Budak_Sekolah’, ‘Uniform’ dan Budak-Sek_Ptrjya_Setiu’ yang disebarkan melalui Internet dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, terkini dalam koleksi terbaru pengemar video klip lucah terdapat beberapa lagi aksi pelajar lengkap beruniform termasuk dalam ladang kelapa sawit.

Tanpa mengetahui akibat yang bakal dihadapi, pelajar terbabit seolah-olah merelakan perbuatan dia dirakam dan tidak menunjukkan sebarang penyesalan."
p/s: sapalah rajin sgt mengumpul nih. kpd sapa2 yg search menda2 camni dan sampai ke blog ni sorry lah yer ...

1 ulasan:

  1. http://www.mykakisforum.com/

    ITULAH LAMAN WEB YG ADER LEBIH KRG 4000 VIDEO LUCAH MELAYU YG DIMAKSUDKAN OLEH AKHBAR METRO.

    BalasPadam