Rabu, September 16, 2026

Menyantuni Sahabat Lama yang Bertandang ke Penang

Uploaded Image
Bertemu sahabat lama di Kayu Nasi Kandar. 

Assalamualaikum dan selamat malam. Catatan ringkas untuk hari ini ialah tentang menyantuni seorang sahabat lama yang bertandang ke Penang. Dua hari lepas dia ada hantar mesej yang mengatakan yang dia berada di Bayan Lepas. Rupanya dia ada kursus di Penang ni. Aku pula sibuk kalau hari kerja dan nak ke pulau tu memang berat sikit. Rezeki hari ni cuti Hari Malaysia dan dia pun masih ada di sini. Aku pun planlah nak jumpa dia dan kidnap dia sekejap dari kursusnya. 

Aku pun bertolak ke Hotel Iconic Mojavie dalam waktu tengah hari tadi untuk mengambil sahabar ni. Dia ni sebenarnya sahabat semasa belajar di Asasi Sains Fizikal di Universiti Malaya. Kami tinggal di Kolej Kediaman Kedua dan kemudian menyewa rumah yang sama di Pantai Dalam. Walau pun kami belajar di fakulti yang berbeza setelah Asasi tetap sahaja kami berkawan rapat. Banyak sekali kenangan zaman belajar ni, zaman mula nak kenal dunia. 

Kami lunch nasi kandar di Kayu Nasi Kandar, cari tempat makan yang berdekatan sahaja kerana di sebelah petang dia akan berkursus lagi. Gigih betul berkursus semasa orang semua bercuti. Selesai makan aku pun hantar semula dia ke hotelnya. Itu sahajalah catatan untuk kali ini. Hingga bertemu lagi dalam catatan yang lain.  

2 ulasan:

  1. sedapnya pekena nasik kandaq ye.

    BalasPadam
  2. best dpt jumpa kwn2 sepengajian. mesti ada sesi mengimbau kenangan zmn study

    BalasPadam