Khamis, Mei 15, 2008

Santau melalui SMS

Hari ini kecoh dengan penyebaran sms dan email berbunyi seperti di bawah, ada yang dapat Puchong ada yang dapat Kepong (mungkin lepas-lepas ini ada yang dapat Gombak pula). Kepada yang dapat benda-benda macam ini harap tidak perlulah di sebar-sebarkan, kebenarannya amat diragui, dan kita tidak tahu apakah agenda sebenar di sebalik kekecohan ini.
Salam..

Kepada semua kawan2 yg dikasihi...

Jikalau anda mendapat panggilan telefon yang bernombor panjang contoh +62852731520946 dan nombor itu berwarna MERAH, diharap sangat gangan diangkat dan dijawap panggilan itu..

Ini kerana di Indonesia sekarang,sekumpulan penuntut ilmu hitam sedang menguji ilmu mereka melalui telefon...

Jika sesiapa yang menjawap panggilan itu, mulut akan berbuih dan dan akan mati selepas itu.. Di Indonesia sudah 9 orang yang dah meninggal dan malam tadi di Puchong, 2 orang yang telah meninggal...

Ini bukan semata2 cerita dongeng..ini benar2 terjadi..tolong sebarkan mesej ini....
p/s: boleh ke keluar nombor berkaler merah pulak!

3 ulasan:

  1. betul ke ni? sukar nak caya ja.tp suami aq ada tepon kwn dia kat indon kwn dia kata benda ni betul..hishh pasal nak tuntut ilmu yg nk menyusahkan org lain. dorg ni tak ingat dgn ALLAH swt ke..

    BalasPadam
  2. ntahla betul ke tak..kwn kakak ada bagitau yang nenek laki dia mati bila jawab panggilan ni.And sepupu pun bagitau ayah kwn dia terkena gak.Mulut berdarah..nahuzubillah..jahatla orang macam ni.buat kerja bodoh!!!

    Dah teror sgt gi la santau Bush tu.Ada gak faedahnya dari menganiaya orang yang tak bersalah..huuhuu..

    BalasPadam
  3. Ni kira mcm sms berantai..GILE power kalau just sms je bole kasi mati org..Tujuan sms ni tok org malaysia takut sket ngan SMS datang Dari Indo yg suka Menipu...Cakap Menang Akedemi fantasia la..Maxis la...bila tepon dengar org indon..suruh bank in duit

    so ada sms mcm ni org mesia takut sket..

    BalasPadam