Ahad, Jun 22, 2008

Penagih internet alami tekanan jiwa

Penagih internet alami tekanan jiwa:
"WASHINGTON : Gejala ketagihan internet kini terbukti menjadi satu masalah kesihatan, termasuk mental apabila semakin ramai mendapatkan rawatan di hospital bagi menghilangkan ketagihan berkenaan.

Edisi terbaru American Journal of Psychiatry, memetik pensyarah psikologi Universiti Sains dan Kesihatan Oregon di Portland, Dr Jerald Block sebagai berkata, sekurang-kurangnya 10 peratus pengguna kemudahan online itu dikenal pasti sebagai 'penagih internet' oleh kalangan pakar psikiatri.

Kajian sebelum ini mengaitkan golongan berpendidikan tinggi, kurang bergaul sebagai kelompok utama. Namun, kajian terbaru sebaliknya menunjukkan semakin ramai wanita berusia pertengahan ketagihan internet.

"Pengguna internet itu menghabiskan masa secara sia-sia dengan bermain permainan secara online, melihat bahan lucah atau menulis dan membalas e-mel.

"Ramai yang lupa makan dan tidur, lebih mudah panas baran dan bertengkar serta menyisihkan diri daripada masyarakat," katanya.

Dr Block berkata, pengguna tegar itu memerlukan teknologi internet lebih canggih dan menghabiskan banyak masa secara online sehinggakan mewujudkan apa disifatkannya rasa kebal terhadap hiburan atau kaedah lain menghabiskan masa dengan lebih baik.

Apa membimbangkan, ramai penagih internet ini mengadu berdepan masalah seperti kelesuan dan mendapat markah rendah dalam peperiksaan.

Dr Block berkata, ada di antara mereka mengalami masalah ketagihan yang terlalu teruk sehingga memerlukan ubat khas atau terpaksa dirawat di hospital bagi mengatasi ketagihan berkenaan.

"Perhubungan mereka hanya dengan komputer. Emosi mereka terjejas, lesu dan beranggapan hanya menerusi komputer mereka dapat melakukan semua perkara."

"Kita masih boleh menerima jika kanak-kanak berbicara mengenai permainan yang diminati, tetapi golongan dewasa sebaliknya lebih suka berahsia. Mereka ini memilih untuk bermain mainan secara online daripada menjalani hidup normal seperti bermesra dengan isteri atau suami serta memberi makan kepada anak." Agensi"
p/s: adakah anda merasakan anda ketagihan internet?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan