Maka tamatlah sudah Prison Break, uwaaa


Terasa nk menulis sikit pasal Prison Break ni. Untuk pengetahuan hanya series Prison Break ni shj yang aku betul2 follow, ada jugak layan cerita bersiri yg lain tp biasanya x lekat dihati. Mungkin ada sbb knp aku layan sgt Prison Break ni. Untuk rekod Prison Break mula di tayangkan pada August 29, 2005. Time mula2 keluar ni belum dapat info lagi pasal cerita bersiri ni. Kalau x silap start layan masa episode ke 7 ditayangkan, sumbernya adalah dr torrent. Selepas je tgk ketujuh2 episode tu, setiap minggu aku akan tertunggu Prison Break keluar. Kalau dia di tayangkan di U.S pada hari Isnin, hari selasa akan adalah di torrent.

Ada satu peristiwa telah berlaku pada diriku pada 5-12 Oktober 2005 tu, dimana peristiwa tu ada kaitan dengan penjara, wah saspen! Selama seminggu tu aku telah ditahan di Penjara Pudu, sebab, knp, dan details2 tentang penahanan ni terpaksa dirahsiakan. Apa yang penting lepas tu aku dah lepas dan aku byk belajar tentang kehidupan dalam penjara, boleh dikatakan yg ditahan ketika itu 70% adalah orang yg pernah dipenjarakan atau sekurang2nya beberapa kali keluar masuk pusat serenti. Mcm2 perangai, pengalaman, pengajaran dpt diperoleh dr peristiwa itu. Merasalah duduk dlm cell bersama mula2 5 org kemudian jd 4 selepas sorang tu dpt duk luar, jd tukang cuci, tukang bg makan, tukang bukak kunci time mandi. Jadi series Prison Break ni mmg menjadi sesuatu yg menghantui pemikiran aku.

Season yg paling best adalah season pertama dimana semuanya berlaku di dalam penjara. Season kedua, pasal survival derang bila dah berjaya keluar, masa ni byk kerekter2 mati. Abruzzi, Tweener. Sedih2 huhu. Masuk Season ke3, kisah reunion yg x dijangka di penjara di Mexico. Berbeza dgn Fox River, Sona merupakan penjara yang tiada undang2, kalau ada pun undang2 yg di buat dari dlm penjara itu sendiri, Setiap kes perlu diselesaikan dgn satu pertandingan kalah mati. Kalah bermaksud mati, maksudnya KO, mampus betul2. Kisah nk keluarkan seorang mamat dipenjara tu. Akhirnya berjaya keluarkan dan bersambung ke season 4. Masuk shj season 4 semuanya berkaitan dengan Scylla, satu gadget yg asalnya terbahagi kepada 6. Gadget ni mengandungi maklumat tentang kuasa nuklear, sesiapa yang dapat gadget ni bermaksud org itu akan berkuasa. Pengakhiran season ni, amat dramatik, 2 episode last tu di muatkan dengan perbagai aksi, seolah penulis terpaksa compact kan cerita dalam 2 episode ni, dari komen2 org ditwitter search, ramai yg berpuas hati dengan pengakhiran cerita ni. Kepada yang belum tgk lagi sila lah tgk cepat. Akan ada yg kembali ke Fox River, akan ada hero yang mati, akan ada yang dihukum mati dengan kerusi elektrik, teringat Linc masa season pertama. Pada aku hanya satu persoalan, knp x tunjuk pasal LJ.

Sekian, berjumpa lagi di Prison Break akan datang, yang pastinya bukan season 5, tp mungkin Prison Break: someting. Macam series2 yg lain. Awal2 dulu ada dengar desas-desus akan ada Prison Break kisah penjara wanita. Menarik jugak tu. Harap adalah nnt. Quote "Be the change you want to see in the world." tu dapat dari episode last tu. Jangan takut untuk berubah dari kebiasaan org lain untuk mendapat apa yg kita inginkan di dunia ini, insyaAllah..

6 comments:

  1. at last.. akhirnya terkeluar juga yg cerita penjara pudu tu yer.. huhu... kang ada lak nak tau detail nyer.. :P, bole wat prison break lg satu.. :P

    just dulu2 layan PB 1 ajer sbb ada kat tvnz.. pastu xlayan dah..

    ReplyDelete
  2. cikgu jawe12:44 PM

    hahaha.. teruja gak nk tau psl pudu tuh. kekeke

    ReplyDelete
  3. Jaring CCC1:18 PM

    ooo
    ada bad record lah ko ni yer...

    xpe nnt kita borak k..

    anyway, bgs lah penulisan ko ni..
    sinopsis utk Prison Break..

    ReplyDelete
  4. sape plak jaring CCC ni..boss jaring ke.. adeh.. :P

    ReplyDelete
  5. @mel seminggu dah bleh lepas bukan susah huhu
    @cj pudu dah tutup. kes pun dah tutup huhu
    @jaringccc sape hang hampeh bad rekod mmg ada tu yg stay kat jaring x leh mintak gov huhu
    @mel agaknya laa bahaya2

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete