Congratz Valentino Rossi for MotoGP Catalunya 2009


Race yang menarik sekali, dapat melegakan sedikit rasa tak sedap hati hari ini. Race di Catalunya kali ini berjalan dengan baik, kerana cuaca cerah walaupun tak berapa panas. Pelumba2 dapat menguasai litar dengan baik, hanya ada 2-3 pelumba yang jatuh dan tak dapat meneruskan perlumbaan, tu perlumbaan, tu pun rider2 yg tak berapa top.

Seperti biasa sepanjang race aku akan tweetkan kedudukan atau perkara2 menarik yang berlaku ketika race tu. Boleh tgk kat sini:

http://search.twitter.com/search?q=+from%3Afullfilth+motogp

Disebabkan gagal mencari channel online melalui internet, terpaksalah menonton tv. Kalau tak mmg malas nak turun bawah, kalau boleh nak tgk online je, yg ada jumpa td comentatornya pulak pakai bahasa Greek.

Mula sahaja race dah boleh nampak siapa yang akan berada di podium. Pada lap pertama Lorenzo mendahului diikuti Rossi dan Stoner. Rider2 yang belakang2 dah malas nak tgk sangat bila ketiga2 rider ni ada didepan, kedudukan berubah pada lap ketiga di mana Rossi berjaya memotong Lorenzo. Ketika ini kedudukan tempat ketiga kekal pada Stoner. Sebenarnya dari awal sampai habis kedudukan Stoner tak berubah ditempat ketiga.

Sampai ke separuh perlumbaan iaitu pada lap yang ke 12, kedudukan berubah kembali, Lorenzo merampas tempat pertama daripada V. Rossi. Pada ketika ini Stoner sudah mula hilang taring, mula ada jarak yg besar dengan Rossi dan Lorenzo.

Kedudukan kekal sampai ke lap yang ke 22, di mana Rossi kembali merampas tempat pertama, kedudukan ini tidak kekal, kedua2 rider ni saling pintas memintas pada 3 lap terakhir, part ni paling best, rasa yg paling best sepanjang MotoGP 2009 ni, sehinggalah lap terakhir, corner terakhir, nafas terakhir, Rossi berjaya memintas Lorenzo.

Sebenarnya dalam keadaan tegang mcm ni mmg boleh dapat rasa Rossi akan menang, walaupun keadaan motor dan rider adalah tiptop. Antara sebab yang boleh dikenalpasti ialah keberanian Rossi, kepandaian dia mencari peluang memintas dan kepandaian dia cover ruang supaya org tak dapat memintas balik.

Apapun Lorenzo mempunyai peluang yang sama dengan Rossi untuk menjadi juara MotoGP ni, hakikatnya Lorenzo pun mempunyai peluang yang sama kerana jumlah mata keseluruhan adalah sama 106 mata.

Kedudukan akhir:
  1. Rossi
  2. Lorenzo
  3. Stoner
Stoner kalau nak menang lagi kena tunggu track basah la nampaknya huhu.

Kalau nak tgk ulasan2 terdahulu sila click link di bwh:

http://fullfilth.blogspot.com/search/label/motogp

Race seterusnya di Assen, Netherlands pada June 27, 2009.



p/s: malas nak makan :|

No comments:

Post a Comment