Sabtu, Jun 13, 2009

Fogging di Taman Melati petang semalam



Petang semalam selepas pergi melawat babynya si Ayu (geng ada2aje)
sempat singgah ke pasar malam Taman Melati dgn PA aku. Dia beli hotdog
yg sausage dia berdiameter lebih seinci dan panjangnya setengah kaki
berperisa cheese atau bahasa Melayu nya keju. Aku tak tau nak beli apa
sbb perut masih rasa kenyang makan goreng pisang dan cakoi panas di
rumah Ayu. Pikir punya pikir last2 beli Sata (makanan ringan dari
Terengganu). Dalam kenyang2 pun habis jugak makan kat dalam kereta je
time tu. Tgh sedap2 makan tu tiba2 muncul Proton Arena KKM buat
fogging, mungkin sbb Selangor mencatatkan kes denggi tertinggi dan byk
menyebabkan kematian. Ramai yg lebih takutka H1N1 dari Denggi padahal
Denggi lg byk kes. Harap tindakan fogging ini diteruskan di kawasan2
perumahan agar kes2 dapat dikurangkan.

Entry ini dipost menggunakan iPhone. Gambak lawatan ke rumah Ayu akan
dipost di ada2aje.com kemudian selepas gambar2 diproses. Harap
bersabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan