Repair kereta sambil lepak2 di bengkel

Menjadi satu kemestian kalau pegi bengkel mesti nk amik gambar, suka amik gambar2 situasi di bengkel. Td pagi tah knp bila sampai rumah balik dari ofis, kete ada bunyi semacam, tgk bawah kete air byk keluar. bukak bonet tgk ada air keluar dr satu water stopper tu, tp malas nk check betul2 lg sbb enjin tgh panas. Jadi lepak tido lah dulu.

Dah tgh hari br bgun, mandi lepas tu makan nasi berlauk ketem masak lemak. Lepas tu check kete, masuk air balik sbb air dah byk keluar. Start lepas tu ram2 sikit, confirm ada leaking dekat water stopper tu. Tanpa melengahkan masa terus gi bengkel biasa, dekat belakang balai polis Gombak. Walaupun kadang rasa brader tu agak keras jugak dia cass tp sbb dah biasa dan service dia ok jd hantar kat dia jugaklah.

Ckp kat dia, lepas tu dia ckp kena tukarlah, so lepak dulu sementara dia buat kete lain, lepas tu tukar menda alah tu 2 ketul then ok lah, x de leaking dah. Simple je sbnrnya. BOleh buat sendiri kalau rajin cuma nak kena ada gam, playar yg panjang sikit muncung dia untuk masukkan clip yg akan grip getah water stopper tu. Kena lah RM 15. Upah RM 5 dan getah 2 ketul tu RM 10. Made in Japan punya tu. Macam biasa brader ni kalau tukar apa2 mesti nk tukar yg ok, dia ckp kalau yg sini punya 8 kupang jer tp x confiden boleh tahan lama, biarlah, benda2 yg melibatkan air ni aku phobia. Mcm2 boleh jadi bila air x betul ni. Sendiri mau ingatlah, rajin2 pandang meter tempreture tu, walaupun pakai kete baru, sama jer kalau nak jadi problem tu, jadi jugak.

Balik tu singgah beli goreng pisang, basuh kete yg dah sebulan x basuh kut, lepas tu gi pam tayar. Sekian, enjoy gambar2 di bawah yer.



IMG_0501


IMG_0502


IMG_0503


IMG_0504


IMG_0505


IMG_0506


IMG_0507