Visit my blog!


Inilah realitinya zaman cyber skrg ni, orang berlumba2 nak menarik org melawat blog dia. Sampai ada yg menggunakan tektik2 keji dan x betul seperti spam.

Hakikatnya ketika ini amat susah sekali untuk mendapat traffik yang tinggi berbanding 2-3 tahun yang lalu.

Di bawah ini adalah graf traffik blog RANDOMNESS ini.


Dapat dilihat kegagalan blog ini dalam memaintainkan traffik blog ini. Dijangkakan sehingga hujung tahun ni paling2 pun boleh dapat 200k pageviews.

Diantara sebab2 kesukaran blog seperti ini mendapat traffik yang memuaskan ialah:
  1. Content - content atau isi memainkan peranan yang paling penting dalam mendapat pembaca sesuatu blog itu. Blog ini terlalu sedikit content-content yang menarik.
  2. Kemunculan RSS/Atom feed - pelayar2 internet semakin bijak sekarang ini, kebanyakan yang celik2 IT (juga dikenali sebagai Geek) tidak membaca blog directly dari blog itu sendiri, biasanya mereka ini membaca blog2 pilihan melalui feed reader seperti Google Reaader. Apabila ini berlaku blog langsung tidak akan dapat apa2 traffik.
  3. Kesukaran mendapat traffik bila mengepos dalam bahasa selain english, awal2 dahulu pengepost sesuatu dalam bahasa Melayu boleh dikatakan syurga traffik dari Enjin pencari seperti Google. Ketika itu tidak banyak penyumbang content2 dalam bahasa Melayu, skrg ni dah terlalu banyak dan penetrasi internet di Malaysia masih diparas 20%.
  4. Sumber maklumat sudah terlalu banyak, #iremember suatu masa dalulu Wikipedia Bahasa Melayu masih terkial2 mencari penyumbang.
  5. Terlalu banyak blog2 copy-paste, blog2 copy-paste ni tidak dipunish sewajarnya oleh enjin pencari, ini menyebabkan suatu maklumat itu berlegar2 di internet dalam masa yang lama, sampai bertahun2, itu yang selalu muncul double-triple-splople posting di group2.
  6. Kemunculan social media seperti Digg, Delicious, Twitter, Facebook, StumbleUpon, pelbagai platform blog2 yang baru seperti Tumbler, Posterous, Facebook Notes dll. Social media boleh menambah traffik hanya jika sesuatu blog atau laman web itu up to date, setiap content yang baru perlu diupdate secepat yang mungkin.
Kesimpulannya sukar untuk sesuatu blog itu mendapat traffik atas sebab2 di atas. Bagaimana cara untuk mengibangi masalah ini? Penulis akan cuba membuat kajian dan mungkin akan mengopos cara2 menambah traffik pula dikemudian hari.

Jika anda membaca post ini di mana2 selain blog ini sendiri dan mendapat manafaat darinya, sekali sekala tu datanglah melawat dan berilah komen :-)

1 comment:

  1. Wah traffik smakin turun nmpknya, zmn kmuncak 2007 woot!

    Yeah, sjak knal Google Reader, jarang dh msk blog2 manual - TechCrunch, Engadget dll - sbb utamanya mls tgk ads+widget2+banner+script yg tdpt dlm blog tu XD Sbb tu lah ku mnulis d Tumblr tanpa ads, widget dll, mnulis sminima yg mungkin hehe~

    Oleh kerna reader blog ku ader lecturer2 baca (adeh) tpaksa filter post2 yg xptt haha~ Tp lps ni, post2 un-rated, un-censored and un-cut akan msk :D direct-to-the-point

    Tumblr dh ada integrate auto-post link ke twitter, xperlu lg nk manual promo, tu tumblr sendiri post link ke twitter :D (br tau bberapa hari yg lalu haha)

    Pa2 pun good luck blog traffiking bro~

    ReplyDelete