Kullu nafsin zaa'iqatul maut




Bismillah.. Sesungguhnya setiap yang hidup itu pasti akan mati jua akhirnya. Adakah kita sudah bersedia untuk ketika itu? Pagi Khamis 9 Julai 2009 bersamaan dengan 16 Rejab 1430 H, aku dikejutkan dengan panggilan telefon dr Mel, mesti ada sesuatu yg penting kerana dia biasanya tak akan call time aku on duty. Dia memberitahu tentang ibunya yg baru meninggal pagi tu, dah dia baru dapat info dan plan untuk balik secepat mungkin. Ketika itu dia berada di Penang dan jenazah berada di Klang. Jenazah akan dibawa ke Triang, Pahang untuk dikebumikan. Jadi dgn spontan rasa tanggungjawab tu ada untuk support dia. Disebabkan flight terlalu lambat Mel decide untuk balik dgn drive sendiri kereta dr Penang, aku tau situasi ini adalah amat tidak sesuai untuk dia drive tp spt biasa disebabkan tiada pilihan dan dia bukan jenis suka mintak tolong org jd dia drive jugak sendiri, dijangka sampai ke Gombak pada pukul 1 pm. Aku di office memberitahu TL dan UH aku, tah mcm mana rupa2 UH aku dah tau yg mak Mel sakit menerusi fb. Jd aku EL halfday lah, sbb aku masuk pukul 7 am + 4.5 jam jdnya aku keluar 11.30 am, ok lah tu, sampai gombak lam 12 lebih. Tunggu jap Mel pun sampai, dia salam2 dgn akak aku dgn mak aku, pastu terus menuju ke Pahang, sampai dalam pukul 3 lebih dan jenazah akan dikebumikan selepas Asar. dalam pukul 4 pm jenazah dibawa ke Masjid untuk disembahyangkan selepas solat Asar. Selepas pengkebumian dan talkin semua baliklah ke rumah persinggahan lebih kurang pukul 6 lebih. Makan dan minum sikit terus aku gerak balik Gombak sorang pakai Kia Spektra Mel sbb esoknya tu aku keje pagi. Semoga arwah ditempatkan dikalangan umat Muhammad yg beriman dan mendapat balasan Syurga, InsyaAllah.

Kepada kita semua, kita tidak tahu bila kita akan mati, kita juga tidak tahu bila ahli keluarga kita akan mati, tak tahu bila kawan2 akan mati, tak tahu bila musuh2 kita akan mati, andaikata kita ada berbuat salah dgn seseorang, mohonlah maaf dan maafkanlah permintaan maaf org, andaikata kita ada berhutang dan kita mampu membayarnya, bayarlah. Persinggahan ini tidak lama seperti apa yg kita fikirkan, berbuat baliklah sesama insan, balasannya telah pasti. Buat jahat balasannya jua telah pasti. Al-Fatihah..

2 comments:

@tune® said...

semoga kita yang hidup insaf..
alfatihah...

al-mankaraqi said...

Al-fatihah.....

almankaraqi.blogspot.com