Tiga Pemegang Lesen WiMax Di Saman SKMM | aMaNz

Tiga Pemegang Lesen WiMax Di Saman SKMM | aMaNz:

"Tiga daripada empat pemegang lesen WiMax hari ini disaman oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) disebabkan tidak memperkenalkan rangkaian servis mereka pada masa yang dijanjikan. Syarikat yang disaman adalah YTL e-Solutions, AsiaSpace dan REDtone.

YTL e-Solutions disaman sebanyak RM1.9 juta, diikuti dengan AsiaSpace sebanyak RM1.7 juta dan Redtone sebanyak RM200,000 disebabkan kegagalan untuk memenuhi litupan rangkaian WiMax mereka sekurang-kurangnya sebanyak 25% menjelang hujung Mac.

Pada bulan Disember tahun lepas, Menteri Sumber Tenaga, Air dan Komunikasi telah menyatakan yang mana mereka bakal menarik kembali lesen WiMax sekiranya syarikat-syarikat yang diberikan lesen tersebut gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan. Buat masa ini, ketiga-tiga syarikat tersebut mempunyai sebab-sebab tersendiri atas kegagalan ini, dan mereka telah membuat rayuan keatas saman yang dikenakan ke atas mereka.

Buat masa ini, hanya PacketOne sahaja telah memperkenalkan perkhidmatan WiMax mereka, yang mana dikenali sebagai P1 WiMax yang mana kini menjadi saingan hebat kepada Streamyx milik TM."



Menyusahkan rakyat je, last2 produk x launch hampeh. Baik bagi kat JARING Communications.