Hari terakhir Hashim di UPPA

Last day Hashim di UPPA

Hari ni hari terakhir Hashim kat UPPA. Kepada yang tak tau, UPPA tu stand for Unit Penyelidikan Pendidikan Asas. Kat sini lah kami mencari makan. Hashim ni baik budaknya, baik sesangat sampai kadang risau nk bergurau lebih2 sgt, dari mula2 masuk keja sini dulu sampai skrg dia ni yang paling banyak membantu, mengajar apa2 yang patut tentang suasana kerja di sini. Dah lama dia kat sini setahun dua bulan, untuk projek InSPIRE dia lah yang paling lama dan tahu banyak perkara. Pagi td nampak dia masih bersemangat buat kerja, seboleh2 dia nk akhiri semua kerja2 yg ada sebelum pergi.


Last day Hashim di UPPA


Pemergian dia hari ini semestinya meninggalkan rasa kehilangan. Apa pun dia membuat pilihan yang betul untuk terus berjaya, aku pernah rasa mcm mana last day bekerja sblm meninggalkan tempat cari makan selama bertahun2. Xde beza apa2, teruk mcm mana pun kira rasa tempat kerja kita, majikan kita layan kita, ketidakadilan dll, kerja mcm biasa jer, xde lak rasa nk memberontak ke apa, nk burukkan nama sapa2 ke. Sampai satu tahap kita kena jugak berhijrah walaupun yg baru itu belum tentu elok dr yg lama. Hidup bukan lama sgt kalau ikut umur Nabi Muhammad, tinggal separuh usia lg, tuptap2 setahun dah berlalu, cepat masa berjalan skrg, so cubalah kalau ada rezeki berhijrah, cari pengalaman baru kalau rasa yg lama itu terlalu statik dan tak stabil. Aku x tau lg berapa lama aku akan di sini, masih awal lg rasa, kerja pun byk lg, x puas rasa kalau x dpt habiskan projek ni sampai tamat, lg pun kena ikut kontrak. Apa2 pun selamat berjaya kpd Hashim, moga murah pintu rezeki. Halalkan makan minum, 0-0. Stay keep in touch x kiralah di alam nyata atau maya. Kalau nk kahwin jgn lupa jemput, insyaAllah. Moga 2010 membawa sinar bahagia..