Memaparkan catatan dengan label usm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label usm. Papar semua catatan

Isnin, Mei 05, 2025

Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi. Banyak yang telah berlaku sepanjang minggu lepas antaranya boss baru masuk ke tempat kerja aku. Disebabkan adanya pertambahan bangunan baru maka ada juga penambahan staf IT, untuk IT ada penambahan beberapa staf termasuk seorang boss gred F12. Dapat boss perempuan pula kali ini, harap baik-baik sahaja. Kerja semakin hectic kerana ada banyak urusan apabila ada pertambahan lokasi dan perkhidmatan baru. Kami dijangka pindah lagi dua minggu dan hari ini telah mula operasi di bangunan baru untuk 4 jabatan dahulu.

Hari Sabtu baru ni ada acara Jom Masuk U Zon Utara Di Universiti Sains Malaysia. Jika sebelum ini acara bagi zon utara di adakan di UNIMAP kali ini di USM. Bila tahu USM terus sahaja aku berminat nak ikut wife punya program ni. Macam sirih pulang ke gagang jugalan kerana lama juga bekerja di USM dahulu. Di sinilah keluarga kami bermula. 

Kami sengaja rancang untuk sampai lebih awal supaya dapat bersarapan di Subaidah. Wah sungguh menggamit kenangan. Dulu-dulu kena mengendong anak sekarang dah 15 tahun pun anak perempuan tu. Cepat masa berlalu. Apa pun di Subaidah kerana mungkin agak ramai orang makan pilihan menunya tak banyak, mulanya nak order Roti Malaysia (roti bakar dengan telur separuh masah di atasnya) tetapi tak ada pula. Tak mengapalah cuma order roti telur sahaja 3 supaya dapat menjimatkan masa menunggu dan memudahkan pekerja restoran.

Di acara Jom Masuk U ada juga jumpa kenalan-kenalan lama dan bagi wife macam artis pula gayanya. Ialah dia dah di kementerian dan bila datang mewakili kementerian ni lain macam sambutannya. Wife pula memang banyak juga kenalan satu USM tu. Selesai acara perasmian kami ronda-ronda booth, bagi anak feel sikit semangat orang nak masuk universiti walaupun dia baru tingkatan 3. Selesai itu kami ke booth makanan pula dan balik ke rumah. 

Ringkas sahaja catatan kali ini. Jangan lupa meninggalkan sedikit ulasan. 

Isnin, Februari 10, 2020

Masjid Al Malik Khalid USM

Bismillah. Cerita hari Jumaat lepas (7 Februari 2020). Petang Jumaat tu kena hadir ke JKNPP di Bangunan MARA sebab ada pembentangan laporan analisa rangkaian di HPP dan HBP. Jadi tengah hari tu terus plan untuk solat Jumaat di USM sebelum ke Bangunan Mara. Dapat lunch dengan wife sekali. Banyak kenangan di USM ni, dulu 4-5 tahun juga bekerja di USM. Tiap hari Jumaat akan jalan kaki ke masjid ni. Antara sunnah yang memakin ditinggalkan dan perlu dipraktikkan semula oleh kebanyakkan orang ialah sunnah berjalan kaki ke masjid. Kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.

It was narrated from Abu Hurayrah (may Allaah be pleased with him) that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) said: "Shall I not tell you something by means of which Allaah erases sins and raises people in status?" They said: Yes, O Messenger of Allaah. He said: "Doing wudoo' properly at times when it is difficult to do so, taking many steps to the mosque, and waiting for prayer after prayer. That is constant readiness." Narrated by Muslim, 251.

Via: https://islamqa.info/en/answers/70216/going-to-the-mosque-walking

Jadi kalau ada peluang jalan kaki, jalan kaki lebih afdhal.





Isnin, November 20, 2017

Conference in Nuremberg Part 4

Bersambung dari entry ini.

Conference in Nuremberg Part 4 ini akan cover bahagian akhir conference, iaitu hari keempat jika hari pertama iaitu taklimat pendahuluan oleh Profesor Anatolli diambil kira. Dalam sijil bilangan hari conference hanya dikira 3 hari. iaitu Rabu hingga Jumaat. Part seterusnya akan cuba cover lawatan ke Muzium Nazi atau nama rasminya Documentation Center Nazi Party Rally Grounds.

Datang kasut lain, balik kasut lain.
Menunggu tram ke Friedrich-Alexander-Universität Erlangen-Nürnberg (FAU)
Conference pagi ini dimulakan dengan taklimat bertajuk E-learning in higher education teaching
Platform yang digunakan ialah Elias, ala-ala Moodle juga
Platform terbuka untuk diakses seluruh europe
Peserta khusuk mendengan taklimat dan pembentangan yang diberikan
Kos pembangunan platform EUR45,000.00
Selesai pembentangan e-learning
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada para pembantang dan peserta conference,
Profesor Anatolli pesan supaya next time agar supaya dapat turut membentang kertas kajian

Isnin, November 25, 2013

Team Building PPIP @ Harvard Saujana

Team building PPIP diadakan di Harvard Saujana Bedong Kedah, berlangsung selama 3 hari. Event ini diwajibkan kepada semua staf PPIP. Antara yang menariknya bila dah sampai sana baru sedar wallet tertinggal kat rumah jadi 3 hari tu memang tak berwalletlah.

Eryna lepak main iPad di bilik penginapan

Kolam swimming yang besar

Tak sempat nak mandi-manda kolam ni, Eryna je yang sempat

Kuliah Subuh oleh Dr. Hairul. Best kalau selalu ada pengisian2 sebegini

Sesi bergambar semua staf

Dekan dan TD Akademik PPIP


Acara sukaneka dari pagi hingga tengah hari

Sedikit kurang puas hati tentang pembahagian kumpulan,
patut kena konsider bilangan lelaki:perempuan, kemudian ikut umur pula.
Huhuhu.

Acara lumba berterompah


Acara mereka fesyen, acara paling berjaya iaitu dapat no. 2 dari 8 kumpulan

Acara treasure hunt yang mencabar minda dan tenaga

Bergambar bersama kumpulan 7

Rumah misteri

Penat betul bertreasure hunt, tapi masih bersemangat untuk menamatkan aktiviti

Villa Nabila? 

Dapat mandi kolam takmo balik bilik si Eryna ni

Captain kumpulan 7 beraksi dengan equipment paint ball

Kumpulan 7 kecuali aku yang tiada dalam gambar

Aktiviti sharp shooting. Setiap orang dibekal dengan 5 peluru,
antara ramai2 yang menembak hanya 2 orang yang dapat 3 tembakan mengena
salah seorangnya akulah

Turun padang

Keseluruhan kumpulan 7 mendapat tempat ke 7

Ulasan lengkap boleh view di sini sekarang.

Jumaat, Februari 22, 2013

Khutbah Jumaat Feb 22, 2013 di Masjid…

Khutbah Jumaat Feb 22, 2013 di Masjid Al-Malik Khalid USM

Sentiasa tingkat kualiti iman & taqwa

Perbanyak selawat dan salam pada Rasulullah. 

Selamat kembali untuk sem 2. 

Anjuran menuntut ilmu. 

Iqra'

Membaca & menulis atas nama Allah

Pelajari Al Quran dan ajari manusia

1 rugi & binasa, 4: guru, belajar, mendengar, mencintai 3 golongan 

Beruntunglah golongan pelajar

Sedekah jariah, ilmu yg bemanafaat, anak soleh. Di bawa mati. 

Tuntutlah ilmu dgn ulama'


Sent from iCloud

Jumaat, Februari 08, 2013

Nota ringkas khutbah siang tadi berkenaan USM kampus bebas tembakau

Tembakau-diguna asalnya oleh peribumi di Amerika

Ditegah perkara yg memudaratkan

Selepas ditimpa musibah baru sedar

2 nikmat yg dilupa: kesihatan, masa lapang

Merokok memudaratkan

Majlis farwa telah isytihar haram

Hujah: byk racun nikotin dll, barah, sakit jantung dll, menyumbang byk kematian, imam syafie juga fatwa haram kerana beracun, membazir.

Mencampak diri dlm bahaya kebinasaan.

Tidak boleh memberi mudarat dan membalas dgn kemudaratan.

Pemborosan ialah haram. Byk atau sedikit.

Harga yg makin meningkat dgn mendadak, lebih baik diguna utk perkara baik.

Saudi fatwa merokok, menanam tembakau haram.

Khatib puji jemaah yg telah berhenti.

Hak menikmati udara bersih hak semua.

Perokok hanya hisap 30% asap. Lain2 di keluarkan.

Usaha USM sbg kampus bebas tembakau.

Berazam kemudian bertawakal utk berhenti.

Bersikap baik dgn tetangga

Jgn byk ketawa dlm kehidupan. Hati akan mati.

Berselawatlah kepada Nabi Muhammad.

Rabu, Oktober 10, 2012

Gambar dari atas bukit USM menghadap Jambatan Pulau Pinang

Pagi tadi agak awal sampai ke USM dari rumah. Matahari agak cepat meninggi pagi tadi jadi terus aku terfikir untuk ambil gambar. Biasanya ambil gambar spontan sahaja tapi pagi tadi semangat aku ke satu port yang agak tinggi menghadap ke timur. Sedang elok matahari tengah naik.



Selasa, Oktober 09, 2012

Empat situasi berbeza di Universiti Sains Malaysia ketika matahari terbenam

Petang tadi aku balik lambat dari ofis. Malam baru balik hampir jam 8 malam. Sementara ketika itu sempat meninjau-ninjau matahari terbenam. Asyik juga permandangan dari tingkat 3 ini.