Sabtu, April 17, 2010

Lepak KLCC with @melamyra [update]




Aktiviti

Pagi td bgn2 tido mak ajak gi sarapan, so bersegeralah aku & wife bersiap utk sarapan sekali. Port sarapannya ialah di Melati Setia. Kat Jalan Ibu Kota. Menunya lontong. Dah lama kepingin nak makan lontong sbnrnya, mmg dari Penang hari tu duk aim nk cari lontong bila balik KL. Mujur kedai td ada. Kalau x pening pulak bila ada yg mengidam lontong.

Lepas sarapan tu, pi ronda kedai half cut, nk cari handle pintu belah luar kete Civic. Dah problem, x boleh bukak. Kedai semua x bukak lg, usha 2 kedai je. Malas la nk cari jauh2 sgt.

Balik rumah lepak2 jap, pas tu lam 12 lebih siap2 nk gi KLCC. Dah lama x gi KLCC. Park kereta kat LRT Taman Melati lepas tu naik LRT. Sampai KLCC beli roti (Roti Boy kalau x silap), air beli kat Cold Storage, hehe jimat sikit. Sempat jugak beli post card, nk guna untuk Postcrossing. Seronok pulak main tukar2 postcard dgn org luar negara, baru dapat satu je post card dari Russia. Nk kena bg byk2 lg.

Lepas tu lepak tasik jap makan jap. Tu gambar kat atas tu amik masa makan tu la. Ada satu lg gambar menarik di bawah.

KLCC


Lepas tu masuk Toys"R"Us, pastu masuk Petrosains (tgk2 barang je, x masuk dlm pun). Seronok tgk barang2 sains ni, ceh mentang2 la buat modul sains untuk Projek InSPIRE II. Xde shopping apa pun kat KLCC tu, saje je isi kekosongan masa, nk duk saje kat rumah rasa x best lak, mesti nk jalan, wife yg tgh berisi tu pun fikir mcm tu, duk fikir x larat je alamatnya duk rumah je laa. Penangannya balik rumah betis bengkak huhu.

Naik tingkat empat terus tuju food court Rasa, jenuh gak cari table kosong, rasa ok sikit compare dengan food court yg kat tgh tu lagi crowded. Kat food court tu order la mee kari satu mee sup satu, jenuh nk habiskan, besar mangkuk dia, harga RM 6.50 semangkuk.

Dari smlm sampai KL ni kalau check-in foursquare byk tempat yg mesti ada org, malam smlm ada event #4sqDayKL berderet2 push notification kat iPhone. Dgrnya derang semua lebih dari 50 org jd berjaya unlock badge swarm. Teringin nk join tp x laratlah, baru je sampai Gombak dari Penang. Td check-in foursquare pasan ada member twitter @PIPSGuy ada kat KLCC gak. So tweet la kat dia kut2 nk jumpa. Dia ckp why not. Dia nk antara member Twitter yg terawal jugak la berkomunikasi, dr Twitter ke Facebook ke Foursquare. Mcm2 la skrg ni.

Jdnya jumpa la dgn @PIPSGuy ni, dia dgn wife & baby Danish. Cantik latu, x la segan sgt berborak, first time jumpakan. Cam aku dgn Mel mmg dah biasa dah jumpa dgn geng2 online ni, xde la segan sgt. Lama2 jd biasa. Lepas borak2 sikit, ngumpat @niezam sikit,kitorang pun gerak, balik Gombak. Sampai tertidur kat depan tv, bgun2 naik bilik tgk wife aku pun zzz, penatlah tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan