Myanmar baru


Myanmar dengan rasminya telah menukarkan namanya kepada Republic of the Union of Myanmar atau Republik Kesatuan Myanmar bermula semalam (21 Oktober 2010). Selain dari pertukaran nama, Myanmar juga akan menggunakan bendera baru yang mempunyai jalur melintang berwarna kuning, hijau, dan merah. Sebuah bintang berbucu lima berwarna putih di tengah bendera.

Warna-warna ini tidak sinonim dengan warna bendera-bendera di Asia Tenggara. Walaupun tiada persetujuaan dalam menetapkan warna bendera setiap negara tetapi terdapat persamaan yang jelas, kebanyakan bendera di Asia Tenggara akan memggunakan warna merah, biru dan putih. Warna kuning, hijau dan dan merah itu lebih mirip kepada warna bendera di benua Africa.

Selain itu Myanmar juga akan menggunakan lagu kebangsaan yang baru. Apa pun perubahan yang dilakukan, secara tidak rasminya Myanmar lebih biasa dinamakan sebagai Burma.

Bendera asal Myanmar (1974-2010)

Follow @MyanmarNews on Twitter.

No comments:

Post a Comment