Aktiviti cuti CNY

Khamis lepas aku balik ke Gombak sebab cuti CNY Khamis & Jumaat tu, tak ambil cuti extra pun sbb tak rasa memerlukan sangat nat cuti lama2, 4 hari pun dah kira ok, kat USM sepanjang Isnin hingga Rabu mmg lengang, ramai yang ambil cuti, student pun cuti seminggu. Minggu ni tak tau la kalau ada yang sambung cuti, smgt betul bercuti, kalah org Cina beraya.

Aktiviti hari Khamis tu duk rumah je sbb penat baru sampai petang tu. Kami gerak dari USM dlm pukul 10:40 pg, mmg target nak gerak lambat sikit sbb ada jemputan kahwin di Sungai Bakap. Sampai ke majlis kendiri tu dkt2 pukul 12, cun2 save budget makan tgh hari, lauk special sbb ada sambal petai, tak pernah lagi pegi kenduri kahwin ada menu tu. Tak jumpa pengantin pun sbb pengantin tgh bermake-up masa tu. Habis makan terus gerak ke Gombak.

Hari Jumaat tu pagi2 dah ke Mydin Danau Kota. Cari bahan2 mentah untuk di BBQkan, beli chicken wings + chicken ribs sikit & lamb shoulder. Lain2 tu sos2 semua, jenuh mencari sos BBQ takde last2 ke Giant Batu Caves pulak.

Tgh hari tu solat Jumaat kat masjid Al-Syakirin dgn abah & @aliffzachary. First time bawak Aliff (4 tahun), jenuh nak kawal dia masa khutbah. Masa solat ok shj. Petang tu pi cari kedai jual alatan jahit takde pun jumpa kedai semua tutup. Plan nak gi esoknya.

Petang dalam 6 lebih dah mula siap2 nak berBBQ, adik aku @faiz__rahman & abg ipar aku sibuk membakar, syok la jugak sbb BBQ tu menjadi, ada otak2 & sosej lg. Chicken wings tu mmg pilihan bijak kalau nak buat BBQ, cepat masak. Family Acu ada datang memeriahkan lg BBQ tu. Lewat2 sikit ada member sekolej 8 Kinabalu UM datang, aku ajak thru fb sbb dia kebetulan tinggal dekat je. Lama gak bersembang. Cikgu skrg kat Sri Gombak.

Esoknya hari Sabtu tu, kami ke IKEA, beli tak byk pun, cuci mata je yg byk, sbb space xde pun kalau nak beli yg besar2 ke Penang, nak kena bawak lori lain kali. Penat memusing dalam tu, makan kat foodcourt IKEA tgh hari tu, merasa la meatball yg acap kali diperkata org tu, pada aku rasa biasa je hehe, sedap tp taklah terlalu sedap.

Plan nak cari kedai jual alat jahit cancel sbb aku rasa penat sangat, nak jalan The Curve pun dah malas. Malam tu kami ke bazar larut malam Setiawangsa, tgk akak aku @hani_fadhlina berniaga kat situ dgn husband dia, tak semeriah Danau Kota tp ok la, lepas tu minum malam jap kat Bangi Kopitiam, best gak, tempat tu, kat Penang ni Kopitiam byknya cha ya yg punya.

Ahad pagi lewat2 sikit balik ke Penang, mujur jalan ok, tak jammed sangat, lepas Juru je yg kete byk sikit tp tak la slow sgt, tgk hala Utara ke KL jammed sepanjang jalan, line emergency pun digunakan sepenuhnya oleh malaun2. Aku rasa kalau dari Penang nak ke KL7-8 jam pun belum tentu sampai. Kalau dari Perlis? Fikir la sendiri haha. Gov kena buat PLUS2. Satu masa dulu Malaysia punya jaringan jalan raya antara terbaik di Asia, skrg hampeh, tak dapat nak maintain dengan kepesatan pembangunan & pertambahan bilangan pengguna.

Sampai tadi dalam pukul 4. Tertidur sat petang td, malam ni konon nak online sikit internet lak putus2, nk baru ok sikit dapat la update blog. Lama tak update blog dgn entry panjang2 mcm ni hehe.

p/s: Tgh tggu Domino's Pizza delivery sampai @melamyra belanja @erynazu tgh tidow...

6 comments:

mel said...

xdpt beli brg jahit yg diimpi2kan.. :( bila laa nk gi beli ni.. *frust*

Noraishikin Mohd Salleh said...

sakannya berjalan...kak mel nak beli apa? kedainya di mana? kot la nnt kin blk sana ka, boleh kirim :)

mel said...

hihi.. tq kin.. brg tu nmpknyer kena cari kt sini walaupun xsuka sgt kedai kt sini.. coz utk kegunaan segera aa.. nnt kak mel update blog pasal tu.. nk buat beg..

anyway.. tq.. :)

princess said...

kedai brg jahit selalunya tauke cina, dorang tutup ari tu...

member office blk dr kedah dr kul 12 tghari, smp kl kul 1 pagi!!

Faizal Rahman said...

Lebih 12 jam tu jenuh laa.. Terlupa nak masuh part pegi Jusco Alpha Angle.

mel said...

kena update lagi satu.. penghantar pizza jem di PLUS highway.. 2 jam baru pizza sampai.. dah sejuk gedi pizza tu...