Isnin, Jun 18, 2012

Tips polish kereta

Dah lama sebenarnya tak polish kereta, last pun 2-3 bulan lepas (kereta Spectra & Civic). Sabtu hari tu agak free then mula gatal tangan tak tau nak buat apa. Capai botol Soft99 mulalah tonyoh kereta. Nak bagi tips kepada yang berminat nak polish kereta.

  1. Jangan basuh kereta kemudian polish. Sehari dua lepas basuh kereta then polish, make sure kereta tak kena hujan atau terlalu kotor sebelum polish.
  2. Pastikan anda mempunyai tenaga yang hebat, kerja polish bukan kerja santai.
  3. Cuaca kena agak panas. Tp jgn buat di bawah terik matahari.
  4. Gunakan polish yang terbaik, aku guna Soft99 rasa ramai yang recommend brand Japan ni.
  5. Pakai sarung tangan getah, kalau tanpa sarung tangan cepat penat, lagi satu chemical ni berbau kuat. 
  6. Jangan buat semua bahagian atas kemudian semua bahagian bawah nanti cepat penat, gilir-gilir antara atas dan bawah.
  7. Pakai cap supaya nampak hensem.
  8. Tenyeh dalam bentuk bulatan, ulang 2-3 kali tempat yg sama sampai agak kering.
  9. Jangan lupa polish bumbung kereta sekali, kat sini cat cepat mati kalau tak berpolish selain bonet.
  10. Habis polish satu kereta then biarkan dulu sampai kering dalam sejam ok la kut.
  11. Gunakan kain polish khas untuk sapu compound polish yang telah keras tu. Sekali lagi banyak tenaga dan kesabaran, kadang susah nak clearkan sbb mungkin lama tak polish.
  12. Selesai semua then bolehlah start motor pi cari air soya ke.
Selian terima kasih.




 


 

16 ulasan:

Paan Jr berkata...

Cap tadak. Kne cari dulu nih haha

Faizal R berkata...

Pakai kopiah pun boleh bro huhuhu.

Suraya berkata...

wahh...dah pakai honda stream yer...

Faizal R berkata...

A'ah, amboi ko dah jual cokelat ke pulak.

AisNy berkata...

Item no.1... Sepatutnya kereta perlu dicuci dahulu, keringkan baru lah boleh di polish... Ini untuk mengelak kesan calar pada permukaan cat... nie apa teman selalu buat la...

Kalau kat hantar polish ka kedai pun, dia orang buat macam tu jugak...

Unknown berkata...

Kalau dekat motosikal boleh guna ke..?

Unknown berkata...

Soft 99 Meta clean tu polish atau wax

Cik iema berkata...

Kereta saya calar banyak tempat..boleh guna polish nie ke. Saya ada beli. Saya polish sekali tapi mash ada calar

Faizal R berkata...

Boleh je guna, kalau calar kasar memang kena cat balik. Calar sikit2 tu boleh cover.

Faizal R berkata...

Boleh je guna untuk motorsikal.

Unknown berkata...

Kalu dah crap tu blih polish lg x ? Crap skit ii jee kt blkg

Faizal R berkata...

Crap macam mana tu? Boleh rasanya kalau calar2 sikit tu. Tak rugi pun buat sendiri kereta sendiri.

Unknown berkata...

kalau guna soft 99 ni bola tak polish di cermin depan

Faizal R berkata...

Tak boleh, rosak nanti. Untuk cermin ada solution lain untuk buang kesan2 air tu.

fzy fuzzy berkata...

Saya setuju dengan item No. 2, so since takde..hantar kedai lerr...hehehehehe

Faizal R berkata...

Banyak kos tu kalau polish kat kedai.