Kawasan menarik PRU 13

Tinggal seminggu sahaja lagi PRU 13 akan berlangsung. Terdapat beberapa tempat yang menarik perhatian aku antaranya.

Parlimen Gombak - Tempat aku akan mengundi nanti. Dijangka Azmin Ali akan mempertahankan kawasan Gombak. Kekuatan PAS Gombak akan byk membantu.

DUN Gombak Setia - Juga tempat aku mengundi. Berbeza PRU2 dulu, PAS selalu letak calon yang ada nama, cthnya Ismail Kamus, Hasan Ali di sini, kali ini PAS meletakkan calon tempatan, Ustaz Hasbullah. Mungkin ini juga dipengaruhi pembelotan Hasan Ali dulu. Dari update2 kempen di facebook rasanya tiada masalah untuk Ustaz Hasbullah menang.

Dun Seberang Jaya - Tempat aku tinggal. Kawasan ini asalnya merupakan kawasan BN kuat, walaupun letaknya dalam Parlimen Permatang Pauh (kawasan Anwar Ibrahim) tetapi kawasan ini kekal di bawah BN. Kali ini PKR meletakkan Dr Afif Bahardin. Nak dijadikan cerita aku memang sudah kenal secara online mamat ni sejak 2-3 thn dulu, ada juga berbalas tweet dgn dia ni. InsyaAllah DUN ini akan dimenangi beliau berdasarkan cakap2 orang tempatan. Calon yang clean.

Parlimen Permatang Pauh - Kawasan Paling kuat PKR rasanya ni, kawasan Anwar Ibrahim, dari penamaan calon baru hari ini Anwar akan kembali ke Permatang Pauh utk berkempen, itu pun sekejap sahaja. Beliau punya misi lebih besar di seluruh negara. Anwar akan menang.

Parlimen Bera - Sejak dari PRU 12 lagi selalu follow perkembangan kawasan ini terutama jentera PAS. Aktif dengan aktiviti jikan di banding dengan kawasan2 luar bandar lain. Terkilan juga bila calonnya didatang dari PKR. PAS atau PKR rasanya bukan senang nak menumbangkan BN di sini.

DUN Guai - Wife mengundi di sini nanti. Walau pun kurang expose perkembangan di sini tetapi ambil juga tahu sikit. Calon mula lama, rasanya peluang 50-50.

DUN Sg. Acheh - Jadi kecoh bila PAS & PKR bertembung ttp kemudian diputuskan PAS menarik diri, apapun rasanya sudah sedikit terlambat dan pasti akan pecah juga undi. Peluar Che'gu Bard menang 45-55.

Parlimen Pantai Dalam - Kawasan tempat belajar dulu di Universiti Malaya. Asalnya kubu kuat BN melalui Shahrizat. Kini rasanya PKR akan menang lagi melalui Nurul Izzah, calon yang versatile dan diterima ramai.

Parlimen Putrajaya - Betul2 kena gempur kawasan Tengku Adnan bila PAS letak Husam Musa di sini, hampir tiap malam ada ceramah besar2an. InsyaAllah PAS akan menang.

DUN Luit, Maran - Calonnya merupakan rakan sekolah SMKATAHAP dulu. Kawasan kuat BN, tetapi ada calon bebas dari BN bertanding, mungkin akan pecah undi.

Parlimen Jempol - Kampung sebelah emak, PAS meletakkan bekas penyanyi Aishah. Asal kawasan ini memang kuat BN. Kuat juga kempen PAS di kawasan ini.

DUN Juasseh - Calon PKR sedara2 juga. Pengusaha katering yang hebat. Peluang 50-50.

Tempat-tempat panas lain:

Parlimen Arau - TG Haron Din VS Shahidan Kasim
Parlimen Gelang Patah - Ghani Othman VS Lim Kit Siang

No comments: