Perbezaan proses chickenpox kanan-kanak dan orang dewasa

Pekembangan Chickenpox

Sehingga ke hari ini (hari ke 7) rasanya gelembung2 air telah 90% selesai developing, hanya bahagian betis ke bawah yg kurang muncul. Bahagian lain penuh. Ada juga yang sudah mula menunjukkan gelembung mula kering tetapi masih terlalu kecil peratusannya. Mungkin kurang dari 5 peratus. 

Perbandingan

Di bandingkan dengan Eryna dulu gelembung2 tu developing dalam 2-3 hari sahaja, hari ketiga hampir semua telah pecah dan mula mengering. Masuk minggu kedua Eryna masih belum boleh dihantar ke nurseri kerana menurut doctor kurang2 3 minggu-sebulan baru betul betul clear. Dari segi sihat badan dalam masa 4-5 hari Eryna dah kebah dari demam. Slps tu dah aktif mcm biasa. Walaupun begutu virus masih ada dan hujung2 nak baik tu la paling senang virus chickenpox berjangkit. 

Aku berjangkit dengan Eryna selepas masuk minggu ketiga Eryna kena chickenpox. 

Ubat

Sebenarnya tiada ubat khusus pun bila kena chickenpox. PCM sebagai ubat deman kemudian krim calamine, krim ni bertindak bukan utk heal, sekadar kurangkan rasa gatal pedih untuk seketika. Selain duk makan PCM mesti standby 100plus, senang kontrol demam. 

Nasihat

Pada yang belum pernah kena tu, selalulah beringat kurangkan interaksi dgn org yg hampir sembuh chickenpox. Kalau rasa lain macam terus makan panadol. Ada juga rasa hari tu lambat makan panadol, sampai demam 2-3 hari then baru muncul gelembung2 tu, maknanya mungkin dia berjangkit bila daya tahan badan tengah lemah. 

Kerja

Lambat lagi boleh ke office, tp lepas raya ni dah boleh buat kerja dr rumah bila Eryna dah boleh hantar ke nursery semula.