Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 14 Sept 2014

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Halim Nasir 14 Sept 2014

Surah Ibrahim Ayat 5

Holy Quran 14:5
------------------
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا مُوسَىٰ بِـَٔايَٰتِنَآ أَنْ أَخْرِجْ قَوْمَكَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ وَذَكِّرْهُم بِأَيَّىٰمِ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّكُلِّ صَبَّارٍ شَكُورٍ

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa (pada masa yang lalu) dengan membawa mukjizat-mukjizat Kami sambil Kami berfirman: "Hendaklah engkau mengeluarkan kaummu dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman; dan ingatkanlah mereka dengan Hari-hari Allah. "Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaan Allah bagi tiap-tiap seorang yang kuat bersabar, lagi kuat bersyukur.

Antara paling byk disebut dlm Quran ialah nabi Musa. 

Ibunya Yukaba'. 

Kisah ada dlm Surah Toha. 

Bapa mertuanya Nabi Shuib. 

Kisah juga dlm surah Namli. 

Juga serah Al Qasas. 

Mengikut bahasa Ibran Musa bermaksud pokok teratai. 

Tidak semua rasul dikurnia mukjizat oleh Allah. 

Mukjizat dari perkataan Ajuz. Bermaksud lemah. Lemah akal untuk  terima. Contoh tongkat Musa jadi ular. 

Mukjizat paling besar ialah Al Quran. 

Dzulumat : jamak perkatan kegelapan. 

Nur: 1 cahaya. Jamak nur ialah anuar. 

Tugas rasul: memerdekakan kaumnya dari banyaknya kesesatan kepada cahaya. 

Kisah kumpulan jin yg mendengar rasul membaca Quran. Menurut ibnu Abbas 7 jin dari Iraq. Ayat 1-2 surah jin. Quran yg ajaib. Jin rasa takjub. Bawa petunjuk. 

Mengapa pilih jalan kekufuran? Sedangkan ada Quran & Rasul. 

Surah Luqman ayat 27. 

Holy Quran 31:27
------------------
وَلَوْ أَنَّمَا فِى ٱلْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَٰمٌ وَٱلْبَحْرُ يَمُدُّهُۥ مِنۢ بَعْدِهِۦ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَٰتُ ٱللَّهِ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Hari2 yg bani Israel lalui yg bermakna. 

Tanda2 yg menunjukkan kekuasaan Allah bg yg kuat sabar & kuat syukur. 

Holy Quran 31:23
------------------
وَمَن كَفَرَ فَلَا يَحْزُنكَ كُفْرُهُۥٓ ۚ إِلَيْنَا مَرْجِعُهُمْ فَنُنَبِّئُهُم بِمَا عَمِلُوٓا۟ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

Dan sesiapa yang kufur ingkar, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) berdukacita tentang kekufurannya itu; kepada Kamilah tempat kembalinya mereka, kemudian Kami akan memberitahu kepada mereka tentang apa yang mereka telah kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.


No comments:

Post a Comment