Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 7 Jun 2015

Ustaz Sidek Noor

Kuliah Maghrib Masjid Batu Ustaz Sidek Noor 7 Jun 2015

Orang yang mampu menahan kemarahan (Al-Halim)

5 perkara drpd sunnah para2 rasul:
1. Al-haya' (malu)
2. Al-halim (tahan marah)
3. Al-hijamah (bekam)
4. Bersugi (siwak)
5. Memakai bau-bau wangi

Sesungguhnya seorang laki2 sungguh2 dgn al-halim yang tidak kuat marah akan mendapat darjat orang yang berpuasa, orang yg berdiri bersolat di malam hari, sedangkan yg kuat marah seperti seksa seperti seksa orang yg gagah & sombong diri yang engkar kepada Allah. 

Apabila Allah menghimpunkan semua makhluk di hari akhirat di padang masyar. Bergema suara mencari orang yang mempunyai kelebihan di sisi Allah. Berdiri sebilangan kecil manusia. Mereka ini berjalan menuju ke syurga. Maka malaikat datang kpd mereka dan berkata kami lihat kamu bersegera kepada syurga. Kami ahli yang byk mendapat kelebihan. Apa bezanya tanya malaikat. Kami orang yang sabar bila dizalimi. Bila orang sakiti kita maafkan. Bila orang jahil sakiti kami, kami bersifat halim (lambat marah, tidak marah). Lalu Malaikat berkata masuklah ke dalam syurga bagi kamu syurga itu sebaik2 balasan bg kamu.  

No comments: